Related Stories
Selebriti Thailand Gayakan Koleksi Gentle Monster Jewelry
Jenama aksesori yang cukup sinonim dengan inovasi dan gaya kontemporari, Gentle Monster kembali dengan koleksi baru, Gentle Monster Jewelry.
Koleksi ini semstinya bakal memikat hati ramai, lebih lagi golongan Gen Z yang meminati fesyen. Dalam koleksi yang bakal dilancarkan pada 10 Januari 2025, jenama Korea Selatan ini muncul dengan koleksi Gentle Monster Jewelry yang berjaya menarik perhatian ramai apabila ia digayakan oleh selebriti terkenal Thailand. Koleksi ini menggabungkan estetika futuristik dan keanggunan minimalis, menjadikannya pilihan utama dalam dunia fesyen masa kini. Selebriti Thailand seperti Win Metawin, ikon fesyen Tontawan ahli kumpulan BUS, AA dan ramai lagi memuat naik gambar mereka bersama koleksi terbaru Gentle Monster Jewelry ini dan menjadi bualan ramai.
Selebriti Thailand yang terkenal dengan citarasa fesyen mereka yang unik menjadi antara yang pertama merasmikan perhiasan Gentle Monster ini. Dengan pengaruh besar mereka di dalam dan luar negara, kolaborasi ini berjaya meletakkan koleksi tersebut sebagai perbualan hangat di kalangan peminat fesyen dan pencinta seni. Penampilan mereka membawa elemen yang segar dan berani, selaras dengan falsafah jenama ini. Koleksi ini merangkumi enam cermin mata yang dihiasi intan berlian dan mutiara, memberi efek estetika yang maksimum.
Koleksi Gentle Monster Jewelry bukan sekadar aksesori tetapi juga lambang ekspresi diri. Direka untuk mereka yang ingin memecahkan sempadan gaya konvensional, perhiasan ini menjadi medium untuk menyerlahkan keperibadian dan kreativiti. Dengan kepelbagaian dan penggunaan elemen batu berlian, Gentle Monster berjaya mencipta satu trend baru yang menjanjikan lebih banyak evolusi dalam dunia fesyen dan aksesori.
#1 Tontawan
#2 Win Metawin
#3 Tay Tawan
#4 AA BUS
#5 Baipor Thitiya

#6 Fourth Nattawat
#7 Gun Atthaphan

#8 Ling Ling Kwong
#9 June Plearnpichaya

#10 Nanon
Cermin mata merupakan salah satu item fesyen yang semakin hari, semakin disukai ramai. Lebih-lebih lagi dengan keunikkan Gentle Monster yang sememangnya terkenal dengan konsep mereka yang lain daripada yang lain. Selain daripada koleksi Gentle Monster Jewelry ini, mereka juga baru-baru ini berkolaborasi dengan permainan video Tekken untuk koleksi cermin mata yang unik.
Artikel Berkaitan: Golden Globes 2025: 10 Selebriti Wanita Tampil Anggun
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
