Home > Fesyen > Behati Goes Global! Pereka Fesyen Kel Wen Kongsi Momen Eksklusif Di Harbin Fashion Week
Behati Goes Global! Pereka Fesyen Kel Wen Kongsi Momen Eksklusif Di Harbin Fashion Week
BEHATI adalah satu jenama fesyen lokal yang tidak memerlukan pengenalan. Diasaskan oleh pereka fesyen Malaysia yang berketurunan Cina, Kel Wen adalah seorang insan yang genius dalam mengolah rekaan pakaian yang sarat akar umbi identiti kaum majmuk di Malaysia. Selepas menempa nama di arena fesyen tanah air, dan tahun lalu memperagakan koleksi Merdeka di Minggu Fesyen Kuala Lumpur – KLFW 2024. Kel Wen tidak memilih untuk duduk selesa, lebih-lebih lagi setelah mendapat jemputan oleh wakil pihak Harbin Fashion Week yang ditemuinya disalah satu acara lepas, untuk memperagakan koleksi Behati terbaru.
Umum tahu, iklim Malaysia adalah Khatulistiwa manakala di Harbin adalah ibu kota Wilayah Heilongjiang, yang terletak di timur laut China. Dikenali sebagai “Bandar Ais” atau “Moscow Timur”, Dan Minggu Fesyen Harbin itu sendiri adalah gabungan unik seni, budaya, dan fesyen yang mengambil inspirasi daripada latar musim sejuknya yang indah, sambil memupuk kreativiti di pentas global. Ia adalah acara yang mesti dilihat bagi sesiapa yang berminat dengan trend fesyen inovatif dan spesifik iklim. Nah, inilah cabaran sebenar buat Behati, namun begitu dengan pengalaman Kel Wen yang senantiasa mencari sesuatu yang baharu dalam mempersembahkan rekaanya, maka terlahirlah satu koleksi yang mentafsirkan semula fesyen di zaman Kesultanan Melaka yang menonjolkan pertukaran budaya antara golongan Diraja di Selat Melaka dalam versi musim sejuk!
Bagaimana anda bisa rumuskan mengenai keseluruhan koleksi ini? Era Kesultanan Melaka dan musim sejuk, ia adalah sesuatu yang luar biasa! Kain tradisional yang direka untuk cuaca panas kini digabungkan dengan quilt untuk musim sejuk, mengadaptasi tradisi Malaysia kepada suhu baru. Koleksi ini membayangkan dunia di mana lelaki dan wanita sama-sama memakai Tanjak, di mana Samfu dihias quilt menggunakan Saree dan Songket, dan di mana fesyen menentukan penerimaan kita terhadap budaya, bukan berdasarkan bangsa kita sendiri, membentuk gabungan fesyen berbilang kaum.
Apakah inspirasi disebalik rekaan pakaian lelaki? Persembahan pembukaan dimulakan dengan pakaian lelaki yang mentafsir semula pakaian tradisional masyarakat Cina Malaysia dengan gaya draping yang dipengaruhi oleh budaya tradisional Melayu dan India. Penampilan lelaki Melayu memberikan sentuhan maskulin daripada kebaya panjang tradisional yang telah diolah semula menjadi kot reversable menggunakan fabrik tradisional dan kontemporari dalam koleksi ini. Sari India pula ditampilkan sebagai kemeja untuk lelaki.
Bagaimana anda membezakan sentuhan untuk pakaian wanita? Rekaan pakaian wanita adalah fokalnya memberi penghormatan pada figura Hang Li Poh, memaparkan gaya Peranakan dengan menggabungkan Kain Sidan dari Iban, Songket Melayu, Saree India, dan broket Cina, semuanya digabungkan dalam satu rekaan. Penampilan penutup koleksi ini merupakan penghormatan kepada legenda rakyat Malaysia – Puteri Gunung Ledang dan Hang Li Poh dalam siluet lebih kontemporari.
Artikel Berkaitan: Koleksi BEHATI Merdeka Mencerminkan Kepelbagaian & Perpaduan Kaum Di Malaysia

Kel Wen mentafsirkan semula fesyen di zaman Kesultanan Melaka moden yang menonjolkan pertukaran budaya antara golongan Diraja di Selat Melaka di musim sejuk. Gambar: Behati

Lakaran asal ekslusif Kel Wen yang dizahirkan sempurna dipentas peragaan Gambar: Behati

Interpritasi Hang Li Poh di musim sejuk Gambar: Behati
Artikel Berkaitan: Koleksi BEHATI Merdeka Mencerminkan Kepelbagaian & Perpaduan Kaum Di Malaysia
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

