GBC Lulus: Sempurna Rutin Kecantikan Anda Dengan 5 Produk Terbaik Ini
GBC Lulus: Inginkan Solekan Kekal Seharian? Ini 5 Primer Terbaik Untuk 2025
GBC Holiday: Ini Sebab Kenapa 7 Advent Calendar 2023 Menjadi Rebutan
Get To Know: Bella Kuan, Athina Kamarudin, Khadija Meor & Siti Hariesa, Beauty Connoisseur Pertama GLAM BEAUTY CLUB
GBC Meneroka Alat Solek Terbaik Daripada Huda Beauty
Home > GLAM Beauty Club > GLAM Reviu: GLAM Cuba Pengering Rambut Paling Ringan

GLAM Reviu: GLAM Cuba Pengering Rambut Paling Ringan

Dyson Supersonic r™ kini menjadi rebutan wanita kerana rekaannya cukup luar biasa dan dikategorikan sebagai pengering rambut paling ringan! Apabila kali pertama GLAM mendengar berita Dyson bakal mengeluarkan pengering rambut baharu lebih ringan berbanding edisi terdahulu,ia kami tidak sabar untuk mencubanya. Dyson Supersonic r™ ini dikuasakan oleh teknologi ketumpatan kuasa baharu dan paling berkuasa. Rambut lebih licin dan berkilat! Dyson Dyson memperkenalkan pengering rambut profesional baharu yang dikuasakan oleh teknologi ketumpatan kuasa baharu. Ia mempunyai teknologi pemanas yang diperkemas bersama motor Dyson Hyperdymium™, dan penderia Radio Frequency Identification (RFID) pintar dalam lampiran yang berkomunikasi dengan pengering rambut, secara automatik melaraskan motor dan pemanas untuk memberikan aliran udara dan suhu yang optimum. Pengering rambut Dyson Supersonic r™ merupakan pengering rambut Dyson yang paling berkuasa, namun paling ringan dan paling tepat setakat ini. 30% lebih kecil, 20% lebih ringan, dan lebih mudah dikendalikan berbanding pengering rambut Supersonic™ terdahulu. Pengeringannya lebih pantas, hasil yang lebih licin dan berkilat. Supersonic GLAM diberi peluang untuk mencuba set terkini Dyson Supersonic r™, memang benar apa yang dikatakan. Tidak lenguh tangan mudah diselaraskan dan jimat masa! Terutama bentuk lengkungan yang mudah mengeringkan di kawasan yang sukar dicapai. Pengering rambut Dyson Supersonic r™ dalam Ceramic Pink dan Rose Gold boleh dibeli mulai 25 April 2025 pada harga runcit RM2,599 di butik Dyson dan www.dyson.my. Juga tersedia dalam Jasper Plum akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Artikel berkaitan Dyson Airstrait™ Straightener Kini Di Malaysia