9 Personaliti Wanita Curi Perhatian Di Paris Fashion Week Men’s 2025
Kitaran Trend Fesyen Mengikut Zaman
Gabungan Avant-Garde Dan Atletisme, Buat Koleksi Balenciaga x Puma
Eva Celia dari Jakarta, ‘GIRL-CRUSH’ Baru GLAM!
GUESS Hadirkan Koleksi Musim Panas 2023, Sentuhan Klasik Untuk Padu Padan Stylish
Home > Fesyen > Zenia Dedah Pilihan Gaya Elegan di Hari Pertunangan

Zenia Dedah Pilihan Gaya Elegan di Hari Pertunangan

Detik pertunangan sememangnya antara momen paling bermakna dalam hidup seseorang wanita. Bagi pempengaruh terkenal, Zenia, hari istimewa ini diraikan dengan penuh cita rasa, sederhana tetapi tetap elegan dengan perincian yang rapi.

Setiap pilihan untuk majlis pertunangannya melambangkan gaya peribadi Zenia yang manis dan lembut. Menerusi perkongsian di Instagram, Zenia menyenaraikan perincian majlis pertunangannya untuk rujukan pengikutnya yang bakal mengikat tali pertunangan daripada pakaian, solekan sehingga ke henna.

Solekan soft & natural

Untuk menyerlahkan kejelitaan semula jadi, Zenia memilih jurusolek Roha Atira (@rohaatira) dan memilih solekan berkonsepkan soft, sweet dan natural kerana dia percaya “less is more”, yang bukan sahaja membuat wajah Zenia tampak segar dan manis, tetapi juga mengekalkan aura semula jadi seorang bakal pengantin. Pakej solekan ini termasuk hijab styling dan kos pengangkutan dengan harga sekitar RM600.

Busana kurung kuning lembut

 
View this post on Instagram
 

A post shared by Zenia (@zeniafatale)

Majlis pertunangan Zenia semakin berseri dengan baju kurung custom-made dari Hijabistahub. Dia memilih rona kuning lembut (soft yellow) yang diinspirasikan daripada Pinterest, warna yang membuatkan Zenia nampak lebih lembut dan menawan. Potongan baju kurungnya yang ringkas tetapi moden, sesuai dengan karakternya untuk tampil lebih sopan tetapi tetap bergaya.

Pelamin inspirasi gaya English

Tidak lengkap majlis pertunangan tanpa pelamin indah. Zenia memilih konsep English style daripada @warnawarnibridal_mie, lengkap bersama enam dulang hantaran. Dengan harga sekitar RM1750, dekorasi pelamin ini menghadirkan suasana romantis, klasik dan penuh gaya, seolah-olah membawa tetamu ke majlis elegan di taman Inggeris.

Inai putih moden

Sebagai simbol keanggunan, Zenia memilih inai putih yang dilukis oleh Roha Inai Kelantan (@roha_inaikelantan). Rekaannya halus, berseni dan moden, memberi nuansa yang lebih lembut berbanding inai tradisional. Harga pula bergantung kepada corak, dengan harga bermula sekitar RM150 ke atas. Sentuhan inai ini menjadikan tangannya tampil lebih berseri, sesuai dengan tema pertunangan yang elegan.

Press on nails

Selain itu, Zenia turut menambah sentuhan kecil tetapi memberi impak besar iaitu press on nails berwarna clear pink yang dibeli daripada TikTok. Pilihan ini ringkas namun elegan, cukup untuk menaikkan seri dan aura feminin tanpa berlebihan.

Majlis pertunangan Zenia dan jejaka pilihannya, Faris yang diadakan pada Selasa lalu membuktikan bahawa kesederhanaan yang dirancang dengan penuh teliti boleh menjadikan majlis yang begitu indah. Majlis ini bukan sahaja mencipta kenangan indah buat dirinya dan keluarga, tetapi juga memberi inspirasi kepada para pengikutnya untuk tetap tampil anggun pada hari pertunangan tanpa berbelanja lebih.

Artikel Berkaitan: GLAM It Girl: Zenia