The Art Of Layering: Bahasa Fesyen Buat Gen Z?
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioBenarkan konsep layering menjadi gaya bahasa buat Gen Z? GLAM kupas bagaimana teknik lapisan menjadi medium ekspresi diri, kreativiti dan identiti buat generasi muda dalam fesyen moden kini.
Dalam era kini, layering telah berevolusi daripada sekadar teknik berpakaian menjadi satu bahasa gaya yang ekspresif. Golongan generasi Z terutamanya membuktikan bahawa pakaian bukan hanya tentang fungsi, tetapi juga medium untuk mengekspresikan identiti, mood serta kreativiti. Berbeza dengan idea tradisional yang mengaitkan layering dengan cuaca sejuk, Gen Z memainkannya tanpa mengira cuaca. Daripada longline kemeja nipis dipadankan dengan tank ribbed, hingga mesh top di bawah slip dress atau hoodie yang dilayer dengan vest ringan. Setiap kombinasi bukan sekadar penampilan, tetapi naratif visual yang menyatakan personaliti dan keberanian dalam bereksperimentasi.
Trend Layering Menjadi Medium Kreatif Buat Generasi Z
Apa yang membezakan trend ini adalah sikap ‘mix without fear’ yang membebaskan? Tidak ada peraturan rigid, di mana lapisan boleh bertindih, warna boleh bersilang dan tekstur boleh digabungkan tanpa perlu rasa bersalah. Prinsip modular dressing ini menjadikan setiap helaian pakaian fleksibel dan serbaguna. Inner boleh dipadukan pelbagai cara, outer boleh menukar mood atau mengubah siluet. Layering menjadi kaedah praktikal untuk menghidupkan semula wardrobe, menambah dimensi dan mencipta ilusi proporsi yang berbeza atau dramatik, sekaligus memberikan ruang untuk individualiti tanpa pembaziran.
View this post on Instagram
A post shared by Nina Hasnul (@ninahasnul)
Sorotan LainMetamorfosis Bulgari Dengan Koleksi Arloji SERPENTI
Selami Keajaiban New York Fashion Week Backstage
Tahniah! Che Puan Juliana Evans Selamat Lahirkan Cahaya Mata Dan Nama Anak Diberi Adalah…
Nia Atasha Cipta Sejarah Besar Bersama Victoria’s Secret
HOT SUMMER LOVE! 3 Koleksi Musim Panas Pilihan GLAM
Kempen S/S 18 Dior Menerima Interpretasi Seni Sasha Pivovarova![]()
Dari segi estetika, layering ala Gen Z membuka ruang untuk bermain dengan dimensi, tekstur dan warna. Padanan seperti dress dipadankan tali pinggang, tee digabungkan dengan bike jacket atau skirt yang disarung bersama seluar denim, malah gabungan fabrik dan corak bercetak yang kontras atau lapisan warna yang bersahaja, ternyata mampu menjadikan setiap outfit tampak effortless namun kaya dengan karakter. Ia adalah cara halus untuk mempamerkan gaya yang tampak cool tanpa perlu terlalu diatur.
Namun dari sudut yang lain, trend ini sebenarnya selari dengan nilai yang semakin penting bagi generasi muda. Di mana, sustainability dan kreativiti dalam gaya ternyata sesuatu yang relevan bagi mereka. Dengan konsep layering, pakaian lama dapat diberi nafas baharu, digabungkan dengan helaian lain untuk menghasilkan look yang segar, sekali gus mengurangkan pembelian impulsif. Layering menjadi simbol keberanian, kreativiti dan ekspresi diri dalam bahasa fesyen Gen Z, lantas memancarkan statement pada gaya. Ia bukan hanya tentang apa yang dipakai, tetapi bagaimana ia disusun, dikisahkan dan diolah dalam cara yang nyata bijak.
Artikel berkaitan: “Urban Layering”, Ekspresi Utama Onitsuka Tiger Musim Luruh 2023
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
