GLAM Persona: Scha Alyahya GLAM’s Coolest Fashion Icon
#MFW-68 Pasangan Kembar Berjalan Buat Gucci Twinsburg
Stail Pilihan GLAM Pada Malam #MostGLAM 2017
Direktori Fesyen Malaysia
The Ultimate Parisian Girl
Home > Fesyen > Empat Sentuhan Aksesori Dior Untuk Raya Yang Lebih Istimewa

Empat Sentuhan Aksesori Dior Untuk Raya Yang Lebih Istimewa

GLAM berkongsi empat aksesori ikonik daripada Dior yang menjadi sentuhan sempurna untuk melengkapkan gaya raya musim ini, dengan aura elegan yang nyata sofistikated lagi memikat. Menjelang Syawal, persiapan tidak hanya tertumpu pada busana semata-mata. Ia juga tentang sentuhan akhir yang melengkapkan penampilan untuk setiap kunjungan dan pertemuan di hari yang penuh makna. Dalam dunia fesyen mewah, Dior sentiasa hadir sebagai simbol keanggunan yang melangkaui musim. Koleksi rekaan rumah fesyen Paris ini membawa keseimbangan antara warisan klasik dan gaya kontemporari yang halus. Bagi mereka yang mahu meraikan Aidilfitri dengan aura elegan yang tidak berlebihan namun tetap memikat, pilihan aksesori menjadi elemen yang menyempurnakan keseluruhan gaya. Daripada padanan kasut bertumit yang bernada feminin, tas tangan ikonik, jam tangan mewah hingga ke helaian skarf yang menginjek esen anggun, setiap item fesyen Dior pastinya melengkapi gaya raya yang tampak eksklusif.

Ini Item Fesyen Terkini Daripada Dior Untuk Gaya Raya Yang Mempersonakan

1. Dior Whisper Heels

Langkah pertama ke rumah terbuka tentunya bermula dengan sepasang sepatu yang bukan sahaja indah dipandang, tetapi juga memberi keyakinan pada setiap gerakan. Dior Whisper Heels hadir dengan siluet feminin yang halus berperincian seolah telinga arnab yang penuh daya tarikan. Ia menampilkan garis rekaan yang bersih serta keseimbangan antara struktur moden dan kelembutan klasik. Rekaannya yang elegan, menjadikan item fesyen ini pasangan sempurna buat tampilan gaya raya yang klasik mahupun kontemporari. Tanpa perlu berlebihan, sepatu ini memancarkan aura sofistikated yang terasa effortless namun memikat.

2. Lady Dior

Sebagai salah satu rekaan paling ikonik dalam rumah fesyen Dior, Lady Dior terus berdiri sebagai simbol keanggunan yang tidak pernah pudar. Namun, kini hadir dengan pelbagai pilihan rekaan untuk dipadukan lebaran ini! Suasana Syawal pastinya penuh dengan kunjungan dan pertemuan. Tas Lady Dior menjadi aksesori yang paling sempurna buat gaya raya yang nyata eksklusif. Sama ada berbaju kurung atau kebaya klasik, tas tangan ini adalah definisi anggun tanpa batas untuk digayakan musim perayaan ini.

3. La D De Dior Watch

Jam tangan menjadi penambah aksesori yang cukup praktikal. Jam La D De Dior tampil sebagai perhiasan yang menyuntik kehalusan seni pembuatan jam Perancis. Rekaannya yang minimal dan elegan, lantas menjadikannya aksesori yang melengkapi tampilan raya. Boleh dipadukan bersama gelang emas atau dibiarkan bersendirian, jam bernada mewah ini menambahkan sentuhan feminin yang lembut namun berkelas.

4. Dior Scarves

Dior Scarves menawarkan gabungan fabrik mewah dengan cetakan artistik yang mempamerkan kehalusan identiti rumah fesyen ini. Ia adalah satu sentuhan terbaik untuk mengenakan tampilan raya buat tatapan yang lebih mempersona. Sama ada helaian skarf yang jatuh lembut di bahu, disimpul pada tas tangan atau digayakan sebagai aksesori rambut, koleksi skarf Dior memberikan ruang untuk bereksperimentasi dengan gaya. Helaian ini menjadi sentuhan terakhir yang menyempurnakan penampilan lebaran kali ini.

Artikel berkaitan: Dior Cruise 2026 Kini Dilancarkan Di Butik Seluruh Dunia