Most GLAM 2024: The Chameleons
Jennifer Lopez Memukau di Latin Grammy Awards
Selebriti Di Majlis Gala 100 Individu Berpengaruh
Spade Flower Jacquard, Taruhan Kate Spade New York
Trend Aksesori Di Pentas Couture Musim Luruh 2015
Home > Fesyen > Tambah Tas Tangan Jenama Lokal Ini Dalam Koleksi Kamu!

Tambah Tas Tangan Jenama Lokal Ini Dalam Koleksi Kamu!

GLAM kongsikan rangkaian beg tangan pilihan daripada jenama lokal yang berkualiti, sambil mengekalkan estetika stylish dan feminin dalam setiap rekaan. Tas tangan sering menjadi pelengkap busana atau keperluan untuk menyempurnakan gaya harian. Ia menggabungkan fungsi praktikal dengan sentuhan estetika yang mencerminkan personaliti si pemakai. Banyak jenama lokal Malaysia menghadirkan tas tangan chic dengan craftsmanship berkualiti tinggi serta sentuhan luxe yang tersendiri. Daripada rekaan minimalis berjiwa quiet luxury hingga statement piece yang artistik, pilihan ini membuktikan bahawa gaya feminin kini lebih berani dan berevolusi. GLAM Malaysia himpunkan tujuh nama lokal yang menjadi pilihan utama pencinta beg. 

Ini 7 jenama beg lokal Malaysia yang wajib ada dalam radar anda!

1. INREA

 
View this post on Instagram
 

A post shared by INREA (@inrea.official)

Dikenali dengan rekaan moden yang sleek, INREA mengetengahkan siluet feminin bersama sentuhan minimal. Lebih daripada sekadar aksesori, ia menggabungkan fesyen bersama personaliti. Tas tangan mereka menjadi kegemaran para IT girls, terutamanya dengan rona sofistikated seperti coklat gelap dan krim. Selain itu, INREA turut memperkenalkan koleksi bag bercorak leopard yang berani, sempurna untuk mereka yang ingin tampil dengan statement piece dalam busana harian. Bersama koleksi terkini, Rema direka sebagai tas tangan yang kukuh tetapi tetap mengekalkan aura chic.

2. Nelissa Hilman

 
View this post on Instagram
 

A post shared by Nelissa Hilman (@nelissahilman)

Sinonim dengan estetika romantis dan lembut, Nelissa Hilman membawa elemen feminin klasik dalam interpretasi moden. Sering tampil dengan koleksi tas tangan berkualiti tinggi yang muat pelbagai barangan harian, ia menjadi pilihan bagi mereka yang mahukan tas tangan kukuh dan bergaya. Koleksi seperti Wrapt01 dan NS01 turut menghadirkan pilihan rona sofistikated bersama pop of colour seperti Olive Green dan Grey. Diperbuat daripada bahan eksklusif seperti suede dan kulit mikrofas lembut, ia direka khas untuk wanita moden. Sesuai untuk menyokong rutin harian anda yang penuh gaya dan praktikal.

3. HARI

 
View this post on Instagram
 

A post shared by HARI (@haribyhari)

HARI menjadi kelainan di landskap fesyen Malaysia apabila ia menggabungkan elemen seni dan fungsi. Ia tampil dengan rekaan yang unik dan setiap tas tangan terasa seperti karya seni yang boleh digalas. Bersama koleksi terbaru mereka, Nuk, ia menampilkan rekaan plaid yang berani dan sesuai dijadikan statement piece untuk menyerlahkan gaya harian anda. Ia ideal untuk wanita moden yang menginginkan beg tangan yang feminin namun tetap sarat dengan karakter. 

4.Brik

 
View this post on Instagram
 

A post shared by brïk. (@by.brik)

Brik, sebuah jenama lokal Malaysia yang dikenali dengan rekaan tas tangan berstruktur kemas dan material yang berkualiti, mencerminkan gaya moden yang refined. Menerusi koleksi terbaru mereka iaitu Everbloom yang mempersembahkan beberapa pilihan, ia memancarkan aura elegan bersama rekaan feminin. Ia turut bertambah istimewa apabila setiap beg tangan mereka dihasilkan daripada material velvet suede dan disempurnakan dengan sulaman lukisan tangan eksklusif. 

5. SAOI

SAOI terus mencuri perhatian menerusi koleksi terbaru mereka, Soirée, yang meraikan sisi feminin dengan sentuhan elegan dan artistik. Mereka sering menjadi pilihan wanita moden kerana rangkaian beg tangan yang elegan namun praktikal. Koleksi ini hadir dengan rona sofistikated seperti rich burgundy dan coklat, sambil menawarkan pilihan pastel seperti baby blue untuk pencinta gaya lebih lembut. Perincian teliti seperti detachable sling dan siluet sleek menjadikan beg ini efisien namun tetap chic.

6. MUI

 
View this post on Instagram
 

A post shared by MUI (@official__mui)

MUI membawa pendekatan kontemporari dengan bentuk yang lebih berani bersama rekaan beg tangannya. Ia sesuai untuk wanita yang ingin tampil minimal tetapi tetap memancarkan karakter tersendiri. Seiring pelancaran koleksi berjudul Maya, ia menandakan rekaan pertama yang menampilkan inisial M baharu MUI, sebuah emblem halus yang direka untuk mewakili jenama itu dalam bentuk paling murni. Mempunyai pelbagai cara untuk digayakan, Maya menjadi pendamping sempurna buat anda. 

7. Nazifi Nasri

 
View this post on Instagram
 

A post shared by @nazifinasri

Nazifi Nasri sering menampilkan elemen struktur dan sentuhan halus dalam setiap rangkaian beg tangannya. Di sebalik koleksi sempena Aidilfitri, Raya in Pochette mempersembahkan rekaan versatil yang mudah digayakan untuk pelbagai majlis dan suasana. Fokus utama koleksi ini ialah pada reka bentuk struktur yang kemas dan kemasan halus, termasuk pilihan rupa bentuk yang sleek, memberikan fleksibiliti gaya sama ada digalas sebagai clutch, crossbody atau di bahu. Selain itu, koleksi ini hadir dalam tona warna yang menarik. Daripada warna neutral yang klasik hingga tona lebih berani, ia menjadi aksesori yang menambah karakter pada busana raya anda. Artikel Berkaitan: The New Chanel It-Bag yang Bakal Menjadi Rebutan Tahun Ini