Resipi Tagine Ayam Morocco dari Dr. Ezani Farhana
Perpustakaan Terindah di Dunia : Klementinum, Prague
Elemen – Dekor Kaca Berwarna
Imej Menarik Dari Seluruh Dunia Selepas Lockdown Covid-19
Libur – Percutian Hujung Minggu Lost World of Tambun, Ipoh
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Alternatif Selain Langsir – Bidai

Alternatif Selain Langsir – Bidai

BidaiGambar: Ingimage

  Jika anda tidak gemar menggunakan langsir kerana sebab-sebab tertentu, terdapat banyak alternatif lain. Pilihan yang paling popular hari ini semestinya bidai atau blind untuk menggantikan fungsi langsir.   PERKARA PENTING DALAM MEMILIH BIDAI   Privasi Tentukan kadar privasi yang anda mahukan sekaligus jumlah cahaya yang dikehendaki untuk ruang tersebut.   Sedia pakai atau tempah khas Jika tingkap bersaiz standard, anda boleh membeli terus jika terdapat yang berkenan, namun jika ia merupakan saiz berbeza atau mahukan dalam warna dan kemasan lain, anda boleh menempah mengikut kesesuaian.   Pastikan kesesuaian Apabila menggunakan bidai, pastikan ruang berdekatan adalah bersesuaian dan tidak ada perabot atau aksesori yang boleh menganggu perjalanan bidai.   Pemasangan yang kukuh Sesetengah bidai mungkin sedikit berat dan pastikan pemasangan yang rapi telah dilakukan. Apatah lagi jika anda bercadang memasangnya sendiri.   Keselamatan Pastikan rantai pengendali jauh dari jangkauan anak kecil kerana ia boleh membahayakan nyawa mereka.