Home > Fesyen > #ApaSiapaDiMana: Jisoo, Jackson Wang dan Jeff Satur Parti Bersama Cartier Di Singapura
#ApaSiapaDiMana: Jisoo, Jackson Wang dan Jeff Satur Parti Bersama Cartier Di Singapura
By
Aizat Aidid
Aizat Aidid
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full Bio|
Jul 24, 2024
Cartier berlabuh di Marina Bay Cruise Centre, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 koleksi Trinity dan dihadiri oleh duta global mereka yakni Jisoo dan Jackson Wang.
Pada 10 Julai yang lalu lebih 500 undangan menjadi tetamu istimewa Cartier bagi meraikan ulang tahun ke 100 koleksi Trinity. Marina Bay Cruise Centre menjadi lokasi pilihan dan gah dengan simbahan lampu merah yang cukup ikonik dengan Cartier. Di luar pekarangan lokasi ini, tersergam indah logo Cartier dengan berbalas lautan juga lampu-lampu daripada kapal yang berdekatan. Ia memberi satu perasaan yang cukup indah kepada tetamu. Melangkah masuk, barisan batilion Cartier siap sedia menanti kami semua. Tempat bergambar disimbah dengan rona emas, menaikkan lagi status parti ini. Di arena parti pula, tersusun tiga lori makanan dan bar minuman dengan seni reka bersifat industrial. Selain pelbagai aktiviti yang disediakan, Cartier juga menjemput duta-duta utama mereka bagi memeriahkan suasana. Jisoo dan Jackson Wang hadir dengan barang kemas Trinity. Sambil menunggu acara bermula, DJ About Time dan DJ Kenny Num menaikkan suasana di arena parti dengan muzik-muzik yang membawa semua ke lantai dansa. Malam itu dibuka dengan persembahan oleh tiga penari Sydney Dance Company. Tarian itu direka khas oleh koreografer asal Sepanyol, Rafael Bonachela. Selain itu, pentas Cartier turut diserikan dengan persembahan mantap Jeff Satur, Benjamin Kheng dan DJ Belle Sisoski.
Bukan hanya parti semata-mata, Cartier juga mengadakan satu pameran di The Arts House, Singapura. Ada tujuh bilik yang mengandungi pelbagai kisah berkaitan Trinity dan Cartier. Antara yang menjadi pilihan adalah kamar yang mana Cartier menceritakan tentang kisah tiga saudara yakni Louis, Pierre dan Jacques Cartier dalam melebarkan jenama ini di tiga lokasi iaitu benua Eropah, Amerika dan England. Louis Cartier menjadi insan penting dalam pelancaran koleksi Trinity ini. Ada satu kamar yang didedikasikan tentang perjalanan kisah Trinity sejak tahun 1924 sehingga era moden sekarang.
Artikel Berkaitan: GLAM Eksklusif: Kempen Trinity Cartier Bersama Jisoo
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026




