Related Stories
Home > Fesyen > Busana Anggun YM Dayang Anisha Rosnah Adam Ketika Istiadat Perkahwinan Di-Raja Brunei
Busana Anggun YM Dayang Anisha Rosnah Adam Ketika Istiadat Perkahwinan Di-Raja Brunei
By
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full Bio|
Jan 19, 2024
Kejelitaan isteri Putera Mateen, YM Dayang Anisha Rosnah mencuri perhatian orang ramai setelah tampil anggun berbusana serba putih dan persalinan rona merah ketika Istiadat Perkahwinan Diraja. Rekaan busana pengantin YM Dayang Anisha Rosnah menampilkan kemewahan, siluet klasik serta perincian moden.
Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei itu telah berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada Ahad lepas. Glam memaparkan busana perkahwinan YM Dayang Anisha yang ikonik dan anggun, sesuai mengikut personalitinya.
Pada 3 Januari, Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di mana YM Dayang Anisha menggayakan baju kurung fabrik tenun tradisi Brunei yang dihasilkan oleh pereka fesyen terkenal tempatan, Teh Firdaus. Busana hasil ciptaan Teh Firdaus yang digayakan oleh Dayang Anisha di Majlis Khatam Al-Quran tersebut terserlah keayuan bersama kelancarannya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran di samping penampilan yang sederhana tetapi berseri dalam busana baju kurung panjang dilapisi motif perak rona putih.
Ketika Majlis Istiadat Berbedak, YM Dayang Anisha Rosnah tampak begitu cantik didampingi 16 dayang-dayang dan turut menggayakan pakaian tradisional Brunei dalam persalinan rona merah anggun bersama perincian kulit yang disesuaikan dengan aksesori kuning keemasan.
Pasangan merpati dua sejoli pengantin Diraja itu mengenakan persalinan putih sedondon dan permata berkilauan dibawa menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan. Bagi GLAM, the tiara and diamond necklace got our attention. Sparkled like a diamond!
Kecantikan YM Dayang Anisha dipadankan bersama kilauan mahkota dan permata semestinya memikat mata-mata tetamu yang hadir. YM Dayang Anisha mengenakan gaun panjang busana elegan serba putih sempena Majlis Santapan Diraja perkahwinan membuatkan ramai terpegun. Stunning!
Busana Anggun YM Dayang Anisha Rosnah Adam Ketika Istiadat Perkahwinan Di-Raja Brunei
Di bawah, merupakan beberapa penampilan busana pengantin YM Dayang Anisha Rosnah ketika Istiadat Perkahwinan Diraja.1. Busana Majlis Khatam Al-Quran

Foto: Instagram/Teh Firdaus
2. Busana Majlis Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja

Foto: Instagram/Muash Rosman
Pada tanggal 9 Januari telah berlangsungnya Majlis Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja. Pada majlis tersebut, YM Dayang Anisha Rosnah menyarungkan persalinan lace rona putih hasil rekaan Teh Firdaus menaikkan seri dan kelihatan elegan. YM Dayang Anisha Rosnah sekali lagi dilihat mengenakan busana lace moden rekaan pereka fesyen kelahiran Kedah, Teh Firdaus.
3. Busana Majlis Istiadat Berbedak

Foto: Instagram/Tmski
4. Busana Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja

Foto: Instagram/Tmski
5. Busana Majlis Santapan Diraja

Foto: Instagram/Tmski
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
