Horologi GLAM: Age of Opulence
Top 10 Model Paling Berpengaruh Di Media Sosial
Suitcase Diaries: Izrin Ismail di Milan
Pelancaran Dior La Collection Privee
Model Wanita Generasi Baru Yang Anda Harus Kenali
Home > GLAM Life > Cetusan Klasik Roman

Cetusan Klasik Roman

Keunggulan empayar Roman bukanlah asing dalam kamus sejarah dunia. Keunikan kebudayaan serta kesenian yang sarat membawa Roman kepada satu tamadun yang cukup terbilang masa lampau. Sehingga kini, hasil seni cetusan bumi Roman diangkat sebagai sebuah nukilan seni yang begitu berprestij serta padat dengan 1001 kisah keagungan dunia!   bangku-rehat-le-le-koket Bangku rehat hamparan baldu jenama Maison Valentina nyata menggamit pandangan mata. Sentuhan perincian kristal menambahkan lagi nilai eksklusif hasil tukangan kayu bermutu tinggi ini.   c__users_zuhairiesahrom_desktop_2015_may-2015_may-2015-glam Candelier jenama Donghia hasil buatan tembaga yang digilap menggamit suasana mempesonakan. Terendak yang memancar kemilau cahaya dihujungnya menebarkan kehangatan cahaya.   lilin-gardenia-diptyque Alunkan aroma magis dalam kesegaran kediaman melalui wangian lilin Diptyque. Aroma segar alam semula jadi yang mengapung di udara dari nyalaan lilin melengkapkan suasana yang pastinya mendamaikan jiwa.   kabinet-montmartre-christopher-guy-copy Lengkapkan ruang dalaman bersama kabinet neo-klasik keluaran Christopher Guy. Hasil rekaan yang unik terbias dek hasil refleksi vermin yang disatukan, pastinya menampakkan keindahan seni dari segenap sudut.   meja-sisi-eichholtz-copy Mencedok inspirasi koliseum yang unggul di bumi Rom, meja sisi jenama Eichholtz tampil penuh bergaya. Kemewahan terukir hasil gabungan batu marmar yang dikelilingi bingkai keluli rona emas angka roman digarap penuh klasik.