Chanel Métiers d’Art: Seni Mesir Purba Jadi Inspirasi Chanel
Sorotan Lain

Teks: Suzie Adnan
Saban tahun, persembahan Metiers d’Art daripada Chanel senantiasa dinanti-nantikan. Pertama sekali mungkin kerana keunikan lokasi persembahannya atau sumber inspirasi yang diambil dari budaya atau tanah asing. Paling utama, Metiers d’Art adalah lapangan penting bagi menampilkan ketinggian seni kraf rumah-rumah couture seperti Michel, Goossens, Lognon, Lemarie, Montex, Desrues, Lesage serta Massaro. Setiap satu menyumbang kepada penghasilan koleksi Metiers d’Art yang penuh berseni.

Namun kali ini, Chanel membawa koleksinya ke New York. Pada awalnya saya menjangka himpunan yang dipersembahkan bakal memiliki ciri-ciri kota Big Apple ini. Namun jangkaan saya meleset tatkala menjejaki masuk ke Temple of Dendur – salah satu ruang pameran di dalam muzium The Met. Temple of Dendur adalah kuil Mesir lama yang dialihkan khas dari tapak asalnya. Dijangka dibina pada tahun 15 sebelum masihi, ia adalah lokasi paling sempurna untuk pertunjukan Metiers d’Art yang mencedok idea era piramid.
Model-model membuka persembahan dalam persalinan bersalut emas. Dengan gaya solekan sebagai pelengkap, model-model ini melangkah keluar membawa perwatakan bak Isis dan Osiris. Kaia Gerber model bintang di pentas Chanel manakala penampilan Pharrell Williams turut melangkah dalam sepersalinan serba emas. Rata-rata model menyarung but tinggi serta topi seakan turban berwarna emas manakala beg-beg memiliki ciri bentuk piramid serta kumbang yang cukup simbolik. Artis grafiti, Cyril Kongo turut menyumbang dalam koleksi ino dalam bentuk idea cetakan yang membawa Mesir purba ke era moden.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
GLAM Horologi
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
Gaya Hidup
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
GLAM Horologi
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
GLAM Horologi
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Cantik
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Fesyen
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026
Gaya Hidup

