Loading media...

Unable to load content
Fenomena Supernova Dalam Bentuk BR S Novarosa
Pemilik Baharu Empayar Vivienne Westwood Bernilai RM361 Juta
Horizon Wanita: Datin Vivy Yusof
GLAM 101: Oscar De La Renta
Rozita Che Wan Diselimuti Busana Sarat Berlian Di KLFA 2021
Home > Fesyen > Siapakah Cocobots?

Siapakah Cocobots?

karl

 

Karl Lagerfeld menukar Grand Palais, Paris menjadi vorteks digital futuristik untuk persembahan Chanel di Minggu Fesyen Paris, semalam.

 

Konsep digital Lagerfeld dilengkapi dengan kehadiran robot Chanel yang digelar Cocobots. Cocobots membuka pentas peragaan dengan memakai sut klasik ikonik Chanel berserta helmet, tangan dan but robot diperbuat daripada plastik.

 

07_ss_2017_rtw_final_pictures

 

Koleksi keseluruhan Chanel kali ini bermain dengan pelbagai warna dan corak selain menyaksikan struktur rekaan yang lebih longgar dan flowy.

 

ss-2017-rtw-final-pictures-003

 

Cetakan laser berwarna biru, hitam, pink dan putih persis computer static dan wayar kabel turut disuntik dalam rekaan-rekaan yang merangkumi skirt mini, gaun, kilt serta lingerie tap shorts.

 

Antara selebriti yang duduk di barisan hadapan pertunjukan itu adalah Usher, Lily-Rose Depp, Soko, Carla Bruni, Roger Federer, Courtney dan anaknya, Frances Bean Cobain.

 
Oleh: Lylatul Qadrina