COS Archive Edition : Inspirasi Bauhaus
COS terkenal dengan rekaan yang mengilhamkan senibina yang berpaksi kepada moden maka hubungan dengan Bauhaus tampak intuitif. Potongan minimalis, material yang berkualiti tinggi, sarat tekstur,dan titik palet moden persis konkrit menjadi DNA utama buat koleksi musim luruh.

Mengangkat keunikan seni bisa Bauhaus School dan dengan sejarah COS berkolaborasi dengan seniman, arkitek, dan pereka dalam projek-projek khas maka terciptalah Archive Editions dan ini yang membawa semua disiplin kreatif bersama-sama. Untuk membuat koleksi ini, COS menampilkan enam ceraian untuk lelaki dan pakaian wanita, dan satu aksesori.

Nota Editor: COS menzahirkan nilai estetik minimalis yang kemas untuk musim luruh 2019 gugur menerusi koleksi kapsul baru. Kali ini COS menyelongkari arkib 12 tahun untuk mengkaji koleksi kapsul yang diilhamkan oleh Bauhaus School dan artis gabungannya. Setiap pakaian telah dipilih dari arkib dan mewah dengan seni artisan yang tinggi, yang bisa dilihat pada teknik lipatan, draping dan darting. Kapsul terhad ini menawarkan keperluan reka bentuk geometri yang inovatif dalam palet minimalis untuk hitam, putih dan kelabu. Slides at your own risk!
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

