
Gambar Eric Chow/Blink Studio
Musim Fesyen Yang Kian Eksperimental
Kemeriahan arena fesyen dunia masakini seolah-olah tidak akan reda dengan koleksi-koleksi ‘segera’ yang dipentaskan, runway setting yang gah sehinggalah ke penampilan gaya jalanan yang khabarnya sudah pun basi. Dalam era ‘anything goes’ ini, Minggu Fesyen yang dahulunya hanya di dedikasi kepada himpunan musim untuk ready-to-wear, kini sudah beberapa tahun tampil lebih eksperimental. Sebuah transisi yang sungguh signifikan apabila ada yang menggabungkan pakaian wanita bersama lelaki, muncul koleksi kapsul sampai ke couture, diselit dicelah-celah jadual Minggu Fesyen.
Dengan pelbagai movement semasa yang mengangkat mesej equality, #metoo, Black Lives Matter dan macam-macam lagi, para pereka fesyen juga semakin berhati-hati dalam menilai sesebuah ilham agar ianya tidak menyinggung mana-mana pihak. Minggu Fesyen juga terus meriah dengan dominasi media sosial yang menghidangkan lapangan komentar tanpa had. Kerana sekarang ini anyone who is anybody can be a critic. Dan editor-editor GLAM juga sudah tentu diterbangkan ke sana bagi memberi update terkini, terus dari Minggu Fesyen New York hingga ke Milan. Anda boleh ikuti cabang-cabang media
sosial kami untuk menikmati laporan eksklusif daripada perspektif GLAM.
Sebagai antara sebilangan penggerak utama industri fesyen negara, GLAM sentiasa mencari wajah baharu untuk diketengahkan. Mac ini kami menampilkan dua model yang cukup in demand ketika ini. Dalam luar sedar, Nia dan Natalie Praba kian menempa nama sebagai top model Malaysia dengan wajah eksotik mereka. Apakah representasi Nia dan Natalie dalam arena modeling tempatan? These girls are the new cool tanpa perlu sogokan media sosial. Hanya wajah dan imej yang bersahaja sebagai wakil kepada wajah model Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya.
Artikel Berkaitan
Jejak Most GLAM 2016 Hingga 2024, Himpunan Wanita-...
Nini & Joe Flizzow, Fashion’s New Power...
Mira Filzah, Is The Next Best Thing!
The New Face Of Changes – Dr Anjhula Mya Sin...
Sophia Mohd Noor Stripped!
GLAM JUN 2019
GLAM APRIL 2019
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
