Home > Datin X & Korner Mak Datin > Datin X: Bila Ibu Bapa Sakit Dan Anak Beri Seribu Alasan
Datin X: Bila Ibu Bapa Sakit Dan Anak Beri Seribu Alasan
Kisah adik-beradik bergaduh bukan suatu yang asing. Ia berlaku dalam hampir setiap keluarga. Kalau terkena ada adik-beradik yang hati batu tu, siaplah siapa yang nak kena mengalah. Dan bila sudah berusia sikit, timbul pula isu ibu bapa tak sihat dan kemudian membawa kepada pertikaian harta pusaka. Kelakar bukan? Jaga mak bapak sakit tak mahu tapi sanggup jadi muka tak malu tuntut harta ini dan itu. Datin X bukan kata semua keluarga begitu, tetapi banyak sudah kisah yang Datin X dengar mengenai adik-beradik pura-pura warak, tapi najis ibu bapa pun geli nak cuci sendiri.
Teringat kawan Datin X dulu, selalu mengadu-domba mengenai kerenah adik-beradiknya di telefon. Terpaksalah Datin X menadah telinga, apatah lagi kami tinggal di time zone berbeza. Walau Liya kakak sulung, dia terpaksa berkorban demi tugas suami, seorang Vice President sebuah agensi kewangan di Timur Tengah dan relocate seluruh keluarganya di sana. Setahun empat kali dia pulang ke tanahair, menjenguk ibu bapanya yang sudah tua. Apa yang membuatkan Liya kecewa adalah apabila ibu bapanya bagaikan tidak berjaga, walau pun ada tiga lagi adik-adik yang tinggal berdekatan. Sudah kering air liur dia berleter pada adik-adiknya tetapi nampak gaya semua buat-buat pekak telinga. Akhirnya mereka bergaduh sesama sendiri dan masing-masing bagi cold treatment. “Raya tahun lepas memang sunyi. Kami adik-beradik sudah tidak sebulu, semua banyak sudah tak banyak cakap. Yang jadi serba-salah adalah ipar duai. Semua buat-buat ceria, cari topik bersembang because things got too awkward.”
Keluarga Liya memang terdiri daripada kalangan orang penting, ada jawatan-jawatan besar di kementerian. Bapanya, seorang Datuk yang dahulunya pernah duduk di pejabat menteri; kini sedang sakit tua. Walau ibu bapanya tidak memerlukan bantuan dari segi kewangan kerana mereka lebih dari mampu, Liya tetap masukkan duit saban bulan dan bayar semua bil termasuk upah pembantu rumah dan jururawat peribadi – mengenangkan dirinya yang tiggal di perantauan. Apa yang membuatkan Liya marah dan kecewa adalah apabila adik-adiknya sendiri teramat liat mahu menjenguk ibu bapa yang sedang sakit tua, apatah lagi membantu menjaga. Perjalanan antara rumah mereka dengan ibu bapa diibaratkan cuma sejengkal. Seorang tinggal di dalam satu kawasan perumahan yang sama manakala yang dua lagi masih tinggal di pekan yang sama.
“Datin, you bayangkanlah… my parents nak pergi appointment doktor pun susah sangat. My sister and brothers kononnya sibuk sentiasa, alasan tiada masa. Bukannya minta tolong apa, cuma tolong drivekan ke hospital, tunggu kemudian bawa pulang. Kalau my parents tak duduk wheelchair, dah lama dia call teksi!” Kata Liya lagi, ada masanya dia sampaikan rasuah adik-adiknya dengan duit supaya mereka bawa ibu bapa ke hospital. “Sembahyang Jumaat tak tinggal, kerap pergi ceramah agama, suka bagi tazkirah dan sibuk kisahkan halal dan haram… tapi ibu bapa sendiri ditolaknya tepi, tak diambil peduli. Mentang-mentang I dah bayar nurse, mereka ambil mudah. Datang jenguk mak bapak pun jarang, always on their smartphones. Sudahlah begitu, ada hati minta maid siapkan makanan kemudian arah lagi maid suruh look after their kids!”
“Tak logik betul sibuk sangat sampai macam tu sekali. Rumah pun dekat… apa salahnya at least jenguk seminggu dua kali? Ini kadang-kadang sampai sebulan tak nampak batang hidung!” Habis tu, your brothers macam mana pula? “Si dua ekor tu lagilah… alasannya asyik meeting dan travel. Nak minta datang jenguk malam pun, dibaginya alasan meeting. I faham sangat cara sibuknya sebab my husband pun sama juga. Tapi tidaklah sampai nak telefon pun tiada masa. Asyik my parents sahaja yang sibuk menelefon… itu pun jarang diangkat. Sudahlah begitu, my brothers pun sudah berbunyi mengenai pembahagian harta. Siapa nak dapat apa, siap tanya my dad who gets what! Helo, orang tua tu hidup lagi lah!” Oh my, what were they thinking?! Kalau itu adik Datin X, dah lama makan maki.
Datin X kenal juga dengan adik-beradik Liya. Adik-adik lelakinya semua kerja besar, adik perempuan pula housewife dan bersuamikan lelaki berstatus juga. Kadang-kala Datin X ada terserempak dengan adik perempuan Liya sewaktu Usrah di masjid. Betullah kata orang, never judge a book by its cover. Pakai tudung litup, buat Umrah setiap tahun. Tetapi ibu bapa yang sudah tua, yang dahulu menjaga dan membesarkan, sudah tidak lagi diendahkan. Alasan sibuk dengan keluarga bukan alasan untuk membutakan mata dan melepaskan tanggungjawab. Cerita Liya, dia ada confront adik perempuannya itu. Alasan yang diberikan, suaminya tidak senang melihatkan dia lebih menyibukkan diri menjaga ibu bapa sakit apabila anak-anak sendiri semua masih kecil dan baru masuk sekolah. Siapa lagi nak buat school run – piano class, taekwondo class, swimming class, ballet class. Oh, itu lagi penting ya?
Dipetik daripada GLAM Isu Februari 2019.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Datin X: Cantik Tidak Bermakna Memiliki Segala-Gal...
BY Fara Adilla
Dec 02, 2019
Datin X: Sanggup Derita Menagih Cinta Lelaki Muda
BY Fara Adilla
Oct 11, 2019
Datin X : Sudah Hilang Harta Dan Gelaran Tetapi Ma...
BY Fara Adilla
Sep 12, 2019
Datin X: Persahabatan Toksik Tanpa Sedar
BY Fara Adilla
Sep 05, 2019
Datin X: Pura-Pura Mesra Rakyat
BY Ai Nazmi Norzaid
Aug 09, 2018
Datin X: Menantu Datin Status Nobody
BY Ai Nazmi Norzaid
Jul 18, 2018
Datin X: Hilang Identiti Apabila Hidup Tanpa Adat
BY Ai Nazmi Norzaid
Jun 26, 2018
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
