Diari Deko – Bingkisan Nostalgia
Foodmarket, gedung makan kampung trendy yang menjual lebih 300 produk makanan dan snek tradisional tempatan. Mula beroperasi Oktober tahun lalu, Foodmarket berusaha ke arah meningkatkan industri perusahaan kecil dan sederhana tempatan. Variasi produk makanan bermula daripada Bawang Goreng Premium, Lemang Sushi sejuk beku, nasi dagang segera, kerepek ikan bersalut telur masin, pekasam daging dan aneka jenis sambal seperti sambal hitam pahang, sambal hijau, sambal udang kedondong dan sambal ikan bilis rangup yang dibotolkan.
Meraikan kedatangan Syawal, Foodmarket menyediakan bingkisan hadiah/ cenderahati sesuai untuk diberikan kepada kaum keluarga, sahabat handai atau rakan perniagaan kala menziarah. Malah, anda juga boleh menempah sendiri jenis hamper berpandukan bajet tertentu di Foodmarket. Hamper berisi aneka jenis sambal, snek, kuih tradisional seperti dodol dan wajik. Pastinya, dapat menggamit memori zaman silam di kampung halaman buat si penerima.
“Kami menawarkan produk makanan dan snek unik yang sukar didapati di kotaraya terutamanya Kuala Lumpur. Usaha ini menjadi lebih menarik kerana produk jualan dihasilkan oleh orang kampung, suri rumah, ibu tunggal, asnaf zakat dan usahawan industry kecil,” jelas Anas Atarek Kamil, Pengarah Husam Waksa Sdn Bhd.
Foodmarket berlokasi di Bandar Seri Permaisuri atau boleh beli secara dalam talian www.foodmarket.com.my. Instagram Foodmarket.
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

