Bersempena dengan pelancaran Katalog IKEA yang baharu, IKEA mengumumkan kempen sepanjang tahun bagi tahun 2020 bertemakan, “Make Home Count”, dengan tumpuan khusus kepada ruang kamar. IKEA ingin membantu rakyat Malaysia memperoleh ketenangan dan keselesaan di ruang kamar beradu demi kehidupan harian yang lebih baik.
Rekaan Hebat – Pilihan Lokasi Ternama
Kylie Jenner Memberikan Dress MET Gala Pertamanya Kepada Kembarnya
Resipi Nasi Udang Serai dari Sheila Rusly
Kerabat Diraja United Kingdom Meraikan Berita Gembira Putera Harry & Meghan Markle
Ruang – Inspirasi Ambien Hijau
GLAM Deko Promosi – Menangi Koleksi Perhiasan dari Maison Curio
Mulai bulan September hingga Disember 2019, IKEA akan menampilkan perubahan di kamar beradu dengan panduan mudah – menggunakan tekstil yang berbeza, dan pada masa yang sama tidak membebankan dari segi perbelanjaan. Ruang pameran yang telah diberi nafas baharu di gedung-gedung IKEA – IKEA Damansara, IKEA Cheras, IKEA Tebrau, IKEA Batu Kawan atau gedung dalam talian IKEA, memberi para pelanggan inspirasi yang baharu dan seleksi produk yang boleh diambil dan diterapkan di kediaman sendiri. Tahun ini ialah ‘resipi’ produk IKEA yang merupakan set produk lengkap yang mudah dan mampu milik, justeru membolehkan orang ramai melaksanakan perubahan yang besar di bilik tidur dengan nilai di bawah RM320.
Katalog IKEA baharu akan diedarkan ke rumah-rumah berhampiran gedung IKEA dan juga tersedia di IKEA.my/catalogue. Untuk menikmati promosi istimewa yang ditawarkan hanya untuk ahli, para pelanggan boleh mendaftar sebagai Ahli IKEA FAMILY secara dalam talian atau berkunjung ke kiosk IKEA FAMILY.
“Menerusi kempen ‘Make Home Count”, IKEA berharap dapat menginspirasikan rakyat Malaysia untuk memberikan keutamaan kepada tidur, dengan menggunakan penyelesaian kamar dengan rekabentuk dan penataan yang menarik, mampu milik dan lestari, selain menjadikan kamar sebagai santuari peribadi,” jelas Gerard Jansen, Timbalan Pengarah Runcit, IKEA Asia Tenggara.
Jansen menjelaskan, “Di IKEA, kami percaya bahawa tidur amat penting bagi mengekalkan fungsi fizikal dan mental orang ramai untuk berfungsi secara berkesan, memiliki emosi yang terbaik dan menikmati kehidupan. Bilik tidur yang selesa dan dirancang dengan rapi adalah penting untuk mencapai matlamat ini. Namun kami akur bahawa orang ramai adakalanya menghadapi kesukaran untuk memulakan transformasi kamar, sama ada disebabkan oleh kekangan masa mahupun bajet. Oleh itu, untuk membantu rakyat Malaysia mengambil langkah pertama bagi melakukan perubahan yang positif, tumpuan kami yang pertama bagi kempen sepanjang tahun ini menekankan usaha melaksanakan perubahan kecil di kamar yang memberikan impak yang besar.”
Gerard Jensen berkongsi tips pemilihan produk IKEA untuk mengindahkan penataan kamar beradu.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
test instagram
BY Nann
Aug 04, 2025
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
