Loading media...

Unable to load content
Gabungan Avant-Garde Dan Atletisme, Buat Koleksi Balenciaga x Puma
Prada & Festival 2021 Qixi, Bingkisan Buat Yang Tersayang
Freen Sarocha Duta Terbaharu Buat Maison Valentino
Kemegahan Kota Rom, Lansiran Baru BULGARI
Selebriti Memukau di amfAR Gala Cannes
Home > Fesyen > Dior Chez Moi, Ajakan Bersantai Penuh Gaya

Dior Chez Moi, Ajakan Bersantai Penuh Gaya

DIOR CHEZ MOI MEMPERSEMBAHKAN KOLEKSI KAPSUL CHEZ MOI MERANGKUMI DERETAN PAKAIAN DAN AKSESORI KASUAL UNTUK TAMPIL STYLISH SEPANJANG LIBURAN. SUMMER IS CALLING!

Jemputan kepada keragaman hidup, rangkaian Dior Chez Moi, merangkumi koleksi pakaian santai dan aksesori stylish yang direka oleh Maria Grazia Chiuri, dipertingkatkan dengan siluet baharu. Pijama sutera dan jubah mandi dihiasi corak ikonik Dior, seperti toile de Jouy yang punya impak-tersedia dalam warna biru, oren dan fuchsia atau diimajinasi semula dalam versi Zodiac. Serta corak harimau bintang Mizza. 

Setiap motif yang tercipta seakan tidak pernah pudar geloranya. Menginjeksi para penggemar untuk tampil stylish sepanjang pemakaian. 

Ciptaan ini juga membangkitkan daya tarikan Christian Dior, dihiasi dengan motif Dior Zodiac atau D-Constellation yang direka oleh Pietro Ruffo. Diilhamkan oleh keindahan bintang, artis Itali itu telah mengubah Little Dipper, Lynx, Dragon, Perseus dan Cassiopeia menjadi lakaran yang menarik dalam warna pop yang bertenaga, berpadu dengan pelbagai jenis bunga berwarna-warni. Cetakan yang mempesonakan juga terlihat mekar pada rekaan selendang yang indah dan beg ikonik, daripada Lady D-Joy kepada Dior Book Tote. Mendetik keanggunan dan kuasa feminin. 

Artikel berkaitan: Elegan & Versatil, SANDRO Wujudkan Gaya Ideal Para Ibu