Loading media...

Unable to load content
CHRYSEIS TAN
SCHA AL-YAHYA
ALICIA AMIN
SHIMA ANUAR
SARAH LIAN
Home > GLAM Societe > FATIHA SHARIF

FATIHA SHARIF

Fatiha Sharif sentiasa berani tampil menyarungkan helaian avant garde dan couture kala menghadiri majlis-majlis fesyen di kota. Sememangnya sang puteri yang mampu melakukan kerja dalam industri lelaki, memegang jawatan selaku Pengarah Eksekutif Jualan dan Pemasaran di Asturi Metal Builders. Gayanya lebih ekspresif dan eksperimental jelas kelihatan sewaktu ditemual bersama team GLAM beliau tampil dalam gandingan leggings jaring Alexander McQueen bersama ceraian  football T-shirt Margiela yang menenggelamkan rangka tubuh kecilnya itu. Personalitinya menyenangkan, sangat ramah dan mesra. Memenuhi masa lapangnya dengan mengikuti siri Breaking Bad, Games of Thrones di televisyen. Menghargai ciptaan eksperimental malah tidak segan menggayakannya seperti rekaan Rick Owens dan Maison Martin Margiela malah gerobok pakaian Fatiha dipenuhi dengan Haider Aikermann, Sass and Bide, Alexander McQueen.