Fenomena Fesyen Corpcore: Office Siren
Antara mikrotrend yang mnjadi kegilaan peminat fesyen, corpcore mendominasi trend fesyen dengan gaya formal yang dinaiktaraf agar lebih estetik.
Fenomena mikrotrend dalam dunia fesyen semakin meluas. Trend-trend ini dilabel sebagai ‘core’- balletcore, cottagecore, gorpcore dan yang masih trending, corpcore. Corpocore merupakan singkatan untuk corporate core. Istilah yang agak baru ini menggambarkan trend yang sedia ada. Trend ini sedang berkembang seperti pakaian kerja bergaya dengan sentuhan yang menyeronokkan. Corpcore sebenarnya estetika yang berakar kukuh dalam pakaian pejabat tahun 1990-an. Bayangkan watak utama kegemaran anda dari drama undang-undang tahun 90-an seperti Calista Flockhart dalam Ally McBeal atau Lara Flynn Boyle dalam The Practice. Pengayaan ini melibatkan sut skirt atau seluar kerja, kemeja butang, dan kasut yang memberi isyarat bahawa mereka serius.
Office Siren
Salah satu trend fesyen yang jatuh di dalam kategori corpcore ialah office siren. Gaya office siren seringkali menjadi estetika lebih-lebih lagi untuk Gen Z kini. Bergerak daripada estetika anak gadis seperti coquette dan balletcore, gadis ini kini sudah membesar ke alam pekerjaan. Skirt pensel yang ketat, kemeja butang yang menonjolkan décolleté dengan bantuan bra push-up, dan cermin mata Bayonetta. Persis seperti watak Gisele Bündchen dalam filem The Devil Wears Prada.@.dot.ed1tor MACHUCA || THE office siren || she was so good in her 15 seconds of screen time! || scp: megawrld_ on ig || cc: @ru *ੈ✩⋆₊⋆ || tags: #thedevilwearsprada #devilwearsprada #dwp #annahathaway #giselebundchen #gisele #model #fashion #aesthetic #horsewalk #brazil #fashiontiktok #fashionmodel #film #movie #fyp #edit #edits #doteditor
♬ original sound – dot editor🪩
Selebriti Yang Menggayakan Corpcore Dan Office Siren
Kod pakaian 9-5 ini telah menerima sentuhan menggoda oleh selebriti-selebriti yang handal bergaya. Fikirkan almari pakaian monokrom yang bergaya, siluet yang direka khas, dan gantikan kanta lekap dengan sepasang cermin mata yang berwarna apabila ingin menggunakan gaya corpcore ini. Mungkin diinspirasikan oleh gaya Y2K yang diilhamkan oleh koleksi musim luruh 2000 Ralph Lauren dan Calvin Klein, mari lihat selebriti yang pernah menggayakan gaya ini.Kate Middleton
Salah seorang selebriti global yang telah menyertai trend ini ialah Kate Middleton, Puteri Wales. Pada musim luruh ini, dia telah beberapa kali digambarkan dengan penampilan korporat yang kemas, sambil menggabungkan elemen yang menyeronokkan dalam pakaiannya. Contohnya, dia pernah dilihat mengenakan blazer merah atau t-shirt putih yang dilapiskan dengan sut berwarna camel. Pakaiannya dilengkapkan dengan sempurna menangkap intipati estetika corpcore. https://www.instagram.com/p/C8NCRQKt4fA/Bella Hadid
Dikenali sebagai seorang trendsetter, Bella Hadid tidak pernah ketinggalan dalam mengikut trend ini bahkan, dia juga antara yang pertama menggayakan corpcore. Hadid pernah dilihat menggantikan cermin mata Bayonetta yang langsing dengan sepasang bingkai yang lebih tebal dan old school. Walaupun perubahan berat bingkai Hadid mungkin kelihatan seperti penyimpangan estetik kecil, ini sebenarnya berita fesyen besar. https://www.instagram.com/p/C1IJa83AFoY/?utm_source=ig_embed&ig_rid=95176e85-039e-4fcf-8624-9abd791e3ad2Janhvi Kapoor
Aktres dari India ini baru-baru ini membuat keputusan fesyen yang berani dengan memilih koleksi Resort 2025 Balmain sebagai pakaiannya dengan mengenakan gaun tuxedo berona hitam putih. Gaun tersebut menampilkan label jenama itu dengan ketara di bahagian hadapan. Busana itu dilengkapi dengan hip button, belahan di bahagian bawah, dan flap poket yang menggabungkan struktur jaket dengan keanggunan gaun tersebut. https://www.instagram.com/p/C9cmvJaIJ-a/?utm_source=ig_embed&ig_rid=5dade723-ddbb-45fd-98b0-1ad38434bc46Dakota Fanning
Sut kuning canary yang manis yang dipakai aktres berusia 30 tahun di New York ketika mempromosikan projek terbarunya, The Watchers ini menggabungkan dua trend fesyen terbesar tahun lalu. Gabungan trend quiet luxury dan lemon girl yang digayakan oleh Dakota Fanning ini juga kelihatan corpcore. Sut musim panas pastel yang manis ini membawa kelebihan bilik mesyuarat kepada pakaian tetapi tetap tanpa usaha dan mesra dengan gaya peribadi Fanning.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
