Gaya Layering Sebagai Paksi Utama Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2024
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
Apr 04, 2024
Bagi koleksi Musim Bunga/Panas 2024 kali ini, Onitsuka Tiger memperkenalkan himpunan ‘Yellow Collection’ Di Minggu Fesyen Milan. Jenama fesyen Jepun ini sangat nyata dalam mengekalkan DNA elemen fesyennya. Lantas, berterusan menghasilkan koleksi gerobok pakaian kontemporari dengan gabungan fesyen serta sukan dalam menzahirkan rekaan yang selesa dan inovatif.
Onitsuka Tiger terus giat cemerlang dalam menjelajahi dunia industri fesyen. Penghormatan terhadap warisan yang dipadukan dengan gaya kreatif moden kontemporari, menjadikan label fesyen ini terus dijulang sebagai antara jenama fesyen yang diminati. Rekaan siluet klasik yang diinovatif sehinggalah kepada gaya baru yang menyegarkan merupakan kunci buat Onitsuka Tiger. Koleksi Musim Bunga/Panas 2024 di bawah pimpinan Andrea Pompilio kali ini diperlihatkan sebagai suatu koleksi yang bukan sahaja tampak moden, sofistikated dan very eye-catching!
Musim ini, helaian pakaian wanita diperlihatkan dengan konsistensi perincian suntikan gaya feminin. Potongan siluet asimetri dan transparensi adalah karakter utama yang dipaparkan dalam koleksi ini. Helaian menarik seperti dress serta kemeja T dengan keratan panjang yang berbeza, nyata mencetuskan siluet yang tidak dijangka pada elemen lapisan ini. Material fabrik kapas yang berstruktur dan rajut nilon lutsinar, memberikan hasil inovatif yang menunjukkan bebayang badan. Selain itu, penampilan ini dilengkapi juga dengan cetakan bunga hasil rekaan kolaborasi Onitsuka Tiger bersama Nowartt, jenama grafik tekstil Jepun.
Koleksi Coach Spring 26 Menyulam Identiti Dengan Naratif Moden
Seni Tradisi
Jin BTS Diangkat Menjadi Duta Global Baharu Gucci
Aksesori Bridal: Kasut, Veil Dan Tiara Yang Melengkapi Look!
Sambut Aidil penuh mewah bersama Diamond & Platinum X Nurita Harith
Gucci La Famiglia Menyapa Singapura Secara Eksklusif Di Marina Bay Sand
Bagi lelaki pula, stail klasik ditafsirkan secara kontemporari di mana ianya padanan yang sama sekali kontras dengan elemen romantik dalam gerobok wanita. Perinciannya sangat lembut namun rapi, dengan lapisan fabrik yang dimodenisasikan. Look ala ala sporty dan koleksi yang tampak kemas ini dipadukan dengan palet warna monokromatik. Turut ditawarkan musim ini, himpunan sepatu sneakers dengan reka bentuk ketinggian yang berbeza seperti slip-on, potongan tinggi dan but buku lali. Koleksi Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2024 ini mencipta keharmonian yang inovatif dan kecemerlangan fesyen dari Jepun.
Koleksi Onitsuka Tiger boleh didapatkan di Pavilion Kuala Lumpur, tingkat 3.
Artikel Berkaitan: MOLLETY™, Kasut Platform Interpretasi Baharu Onitsuka Tiger

BLAUS KAIT DISARUNG DENGAN DRESS LABUH, KASUT DENTIGRE CAGE DAN BEG TOTE MEDIUM DI ONITSUKA TIGER.
“Personal Layered”, kunci utama buat Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2024
Kaedah lapisan demi lapisan merupakan tradisi budaya Jepun dan menjadi DNA yang sangat kuat buat label pakaian Onitsuka Tiger. “Personal Layered” atau “Lapisan Peribadi’ adalah ekspresi utama yang diangkat selaku tema untuk koleksi kali ini. Variasi rona penggayaan peribadi dilakukan secara meluas dengan menggabungkan lapisan serta potongan siluet yang chic. Meskipun menggunakan konsep yang sama, koleksi ini terdiri daripada helaian yang unik dengan mood sofistikated, elegan dan penuh dengan modenisasi.
ALICIA BERBUSANA DRESS CORAK ABSTRAK SERTA BUT NANKYOKU TIGER. LOUIS PULA MENYARUNG TOP DA SELUAR. SEMUNYA DI ONITSUKA TIGER.

DUA DRESS CORAK BUNGA DIGAYAKAN DALAM SATU STAIL, CATURAN ONITSUKA TIGER.
See Also

ALICIA MENYARUNG BAJU CORAK BUNGA DENGAN DRESS CORAK SEDONDON SERTA SANDAL TIGER WARAJI. LOUIS DALAM TOP KAIT, KUTANG, SELUAR PENDEK DAN BERAKSESORI KASUT DENTIGRE CAGE JUGA BEG TOTE SAIZ KECIL DAN MEDIUM DI ONITSUKA TIGER.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
