Anne Hathaway Beri ‘Sneak Peek’ Fesyen Dari The Devil Wears Prada 2
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioAnne Hathaway menghidupkan semula aura Andy Sachs, dengan tampilan gaya dalam sekuel ikonik ‘The Devil Wears Prada 2’.
Penggemar fesyen sekali lagi berdebar apabila Anne Hathaway mengusik peminat dengan beberapa penampilan awal watak ikoniknya sebagai Andy Sachs, buat filem yang amat dinanti-nantikan, ‘The Devil Wears Prada 2’. Selepas hampir dua dekad sejak filem asal ini menjadi fenomena budaya pop dan fesyen, watak Andy kini kembali namun lebih yakin, matang dan penuh pesona fesyen dari sebelumnya!
Anne Hathaway Usik Peminat, Dengan Sekilas Gaya Watak Ikoniknya Di Filem ‘The Devil Wears Prada 2’
Segalanya bermula apabila Anne Hathaway memuat naik video ringkas di TikTok, sambil memberus gigi dan memakai helaian sweater cerulean berona biru, warna yang suatu ketika dahulu dipadankan oleh watak Andy Sachs ketika muda. Namun, kini muncul semula sebagai simbol pendewasaan fesyen dirinya. Kali ini, crewneck dari jenama Frame menggantikan stail wataknya di filem pertama The Devil Wears Prada, menandakan betapa jauh perjalanan Andy dalam memahami erti gaya dalam dunia fesyen editorial sebenar.
@annehathaway Heading to werk #dwp2
Tidak lama selepas itu, Anne Hathaway turut berkongsi satu lagi paparan ringkas, berpusing anggun di hadapan nombor ‘2’ sambil menggayakan maxi dress dalam rona ceria yang merupakan rekaan Gabriela Hearst. Busana itu disempurnakan dengan topi jerami serta beg pakaian berlabel ‘Runway’. Lantas ia menjadi satu rujukan halus kepada dunia majalah fesyen yang membentuk Andy dahulu.
@annehathaway 👠👠 #dwp2
Di set penggambaran di New York City, gaya Andy lebih terserlah dengan pilihan busana yang realistik namun tetap chic. Dalam satu babak, Hathaway menggayakan tank top Toteme, skirt denim panjang dari Agolde, sandal Chanel bertali Velcro dan dilengkapi dengan kaca mata hitam. Gaya yang kasual tapi sofistikated ini menggambarkan wanita moden yang tampak elegan, menyeimbangkan keselesaan dan estetika. Dalam penampilan lain, Andy tampil dalam boiler suit patchwork denim, dipadankan bersama dengan tas tangan hitam Valentino yang cukup stylish.
Antara penampilan yang paling mencuri tumpuan setakat ini buat penggambaran filem ikonik ini adalah sut pinstripe vintaj rekaan Jean Paul Gaultier, dipadankan dengan but bertumit dan aksesori yang disusun secara minimal namun berkarakter. Gaya ini memberi penghormatan kepada dunia editorial dan korporat yang pernah dilalui oleh Andy, namun kali ini hadir dengan sentuhan kematangan dan keanggunan yang lebih bebas. Jika deretan gaya awal ini dijadikan petunjuk buat filem The Devil Wears Prada 2, ia bukan sekadar menghidupkan semula nostalgia tetapi turut menjerit satu parade fesyen yang segar, relevan dan penuh pesona era kini.
Artikel Berkaitan: The Devil Wears Prada 2: Kembalinya Miranda Priestly, Siap Menguasai Dunia Fesyen Sekali Lagi!
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
