Oleh: Aizat Aidid
Adakah benar wanita Malaysia celik fesyen? Atau mereka sekadar buat-buat mahir tentang dunia fesyen. Hanya kerana mahu masuk di dalam golongan fesyen, ada sebilangan daripada mereka ini menjadikan diri sebagai boneka fesyen. Mungkin meniru adalah perkataan yang cukup berat untuk melabel mereka ini. Namun, acara fesyen raya yang berlangsung lewat bulan Mei lalu menguatkan lagi pandangan saya tentang wanita Kuala Lumpur. Mereka sebenarnya masih tidak dapat menghargai fesyen. Gaya uniform mereka adalah hanya bersiap cantik dengan membawa beg Chanel 2.55, kasut Christian Louboutin yang bertumit tinggi serta solekan tebal kalahkan penyanyi opera cina.
Bukan mahu merendahkan dua jenama ini kerana masing-masing punya legasi yang cukup kuat dan memiliki kuasa kehebatan tersendiri. Namun, saya bersama sidang editorial GLAM mencuba sehabis baik memperkenalkan barang baru daripada pelbagai jenama lain namun masih beg Birkin daripada Hermès juga yang akan dijinjit ke acara pertunjukan fesyen. Adakah dengan memilih jenama klasik ini membantu mereka untuk mengukuhkan kedudukan sosial mereka? Atau dengan memilih kasut bertapak merah ini mampu memberikan ilusi yang mereka ini bijak dalam hal berfesyen? Saya yang lelah melihat hampir semua yang hadir ke acara fesyen dengan beg Dior atau tali beg dililit skarf Hermès.
Saya percaya yang kini sudah banyak muncul jenama fesyen yang boleh mencabar gaya wanita. Biarpun masih baru jika dibandingkan dengan label Chanel atau Dior, namun, jenama muda ini membawa misi yang lebih segar. Mungkin sudah tiba masa untuk wanita Malaysia selak majalah dan kenali juga label lain seperti No. 21 yang mana kasut knotted menjadi sambaran wanita sekarang. Sarungkan dress renda oleh Self-Portrait iaitu jenama anak muda Malaysia yang terjual di butik multi label Club 21. Pilihan beg seperti di Gucci atau Loewe membawa arus moden buat wanita. Simpan dahulu beg Chanel 2.55, kerana jenama klasik itu punya pentas gah yang tersendiri.
[soliloquy id="49221"][soliloquy slug="antara-2-55-dan-tumit-merah"]
Sorotan Lain
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
BY Syahirah Hussain
Jun 03, 2026
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
BY Marissa Suhaila
May 29, 2026
Dialog Fesyen: Yuleza
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
BY Izzati Hailizam
May 28, 2026
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
BY Izzati Hailizam
May 26, 2026
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
BY Aizat Aidid
May 25, 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
BY Syahirah Hussain
Jun 03, 2026
Gaya Hidup
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
BY Izzati Hailizam
Jun 02, 2026
Fesyen
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Fesyen
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
BY Marissa Suhaila
May 29, 2026
Fesyen
Dialog Fesyen: Yuleza
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Cantik
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
BY Tyraa Bahari
May 29, 2026
Cantik
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Cantik
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Terima yang terbaik dari dunia Glam!
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

