fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Lebaran Lebih Glamor Dengan Pilihan Di Louis Vuitton
OBSESI GLAM: Suraya Sharifuddin
FENDI Spring/Summer’s 8 Best Looks
Coach x Tom Wesselmann, Mengedepankan Spirit Optimis
Superstar Dunia Fesyen Menyahut Panggilan Minggu Fesyen Milan
Home > Fesyen > Barisan Model Yang Mewakili Kepelbagaian & Inklusiviti Dalam Dunia Fesyen

Barisan Model Yang Mewakili Kepelbagaian & Inklusiviti Dalam Dunia Fesyen

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Standard kecantikan bukan sahaja datang dan pergi tetapi juga berubah dari generasi ke generasi. Banyak sudut kecantikan berkembang maju selama bertahun-tahun namun perkembangan ini dilihat agak perlahan dalam industri fesyen yang masih memberi tumpuan kepada profil model yang spesifik.

Model tinggi, langsing dan mempunyai kulit bebas cela kebanyakannya dilihat mengikut satu acuan yang sama sejak berabad lalu. Ini menyebabkan kebanyakan populasi global berasa dipinggir dan dikecualikan daripada perbualan couture.

Sentimen itu disuarakan berkali-kali oleh pelbagai pihak yang menyeru agar lebih banyak inklusiviti, kepelbagaian dan perwakilan diketengahkan di pentas peragaan New York, London dan Paris termasuk di kulit majalah fesyen.

Menyahut seruan ini, kini semakin ramai pereka dan rumah fesyen melantik barisan model lebih inklusif yang tidak tertumpu pada tanggapan kuno kecantikan.

Berikut adalah lima supermodel menakjubkan yang mencabar standard kecantikan lapuk serta membawa masuk kepelbagaian dan perwakilan dalam industri fesyen global.

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse