Statusnya diangkat begitu tinggi. Semangat unggul rumah fesyen Dior terus mengalir sempurna lantaran tas tangan Lady Dior sentiasa menjadi Arm Candy wanita ikonik dunia.
Lagak wanita yang menjinjing beg Lady Dior sungguh sensual sekali. Perlambangannya nyata membias status wanita moden, berhierarki tinggi, berkuasa yakni melaung erti nafas kemewahan menjadi interpretasi sebenar Dior, lihat sahaja wajah-wajah yang pernah menghiasi kempen jenama kebangsaan Perancis ini, bermula dengan Carla Bruni, Diane Kruger, Monica Bellunci dan terbaru adalah Marion Cotillard sungguh mengagumkan. Malah seakan terbayang lagi saat pertama kali wanita pertama Perancis, Bernadette Chirac menghadiahkan mendiang Puteri Wales yakni Lady Diana sebuah tas tangan kulit Dior berserta juntaian letter charms tersemat pada pemegang beg. Dengan corak jahitan bersegi atau cannage yang diilhamkan daripada kerusi Napoleon 3 yang diguna pakai dalam pertunjukan Dior pada 1947, tas tangan Dior diangkat sebagai legenda fesyen dunia.

Sebuah beg tangan Lady Dior mengambil masa hampir lapan jam dan mendapat sentuhan kepakaran tujuh orang tukang. Sama ada penggunaan material kulit anak lembu, buaya atau ular sawa, sebanyak 130 keping kulit diperlukan ssebagai asas pembuatan. Ia akan dicelup, diperhalusi dan dijahit menggunakan tangan. Malah sebagai memperindah kesempurnaan tas tangan ini, juntaian letter charms D.I.O.R yang diberikan keemasan berkilat emas atau perak menjadi penyeri stail. Maka tidak hairanlah jika The House of Dior renamed their bag ‘Lady Dior’ in her honour and a fashion legend was born! Memilikinya hati rasa puas, apatah lagi mengayakannya ke majlis glamor.




Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
