Related Stories
BLACKPINK Sebagai Duta Glamor Label Dunia
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioLupakan gadis Hollywood, atau mereka yang berdarah Peracis kononnya cukup chic menggalas tugas sebagai duta. Kerana, bintang Korea mula mendominasi. Paling diagungkan sekarang adalah empat gadis daripada kumpulan muzik, Blackpink. Tidak dapat kita menolak ombak mereka yang cukup kuat. Lincah di pentas, enak suara didengar dan kini apa yang mereka sarungkan menjadi idaman jutaan peminat. Jenama feysen yang bijak sahaja berjaya mengikat mereka sebagai wajah utama mereka. GLAM kongsikan tugasan Blackpink sebagai duta glamor label dunia.
JENNIE

Jennie adalah bintang pertama daripada Blackpink yang diberikan peluang untuk melancarkan lagu solonya. Terus namanya meningkat naik secara keseorangan. Lalu, disambar dahulu oleh Chanel Beauty di Korea dan pada tahun ini dia diangkat menjadi duta global buat Chanel. Dilabel oleh peminatnya sebagai Human Chanel, Jennie adalah bintang yang memahami kehendak Millenial sekarang. Paling terbaru, Jennie dipilih sebagai wajah utama buat kempen Coco Neige dan Coco Crush oleh Chanel.
https://www.instagram.com/p/CVSPjeylGLM/
JISOO

Pada awalnya, tugasan Jisoo hanyalah sebagai duta Dior buat negaranya, Korea. Tetapi penangannya cukup kuat apatah lagi dia adalah satu-satunya ahli kumpulan Blackpink yang memang menetap di Korea dan memahami budayanya dengan telus. Maka, teruslah Dior global mengikatnya sebagai duta baharu mereka. Maria Grazia Chiuri menyifatkan yang Jisoo ini memiliki nilai modernity dan semangat kreativiti yang Dior cari selama ini.
https://www.instagram.com/p/CUdxAbgv7L1/
LISA

Bermula pada Jun 2019, dimana Lisa dijemput hadir ke acara pertunjukan koleksi lelaki Celine. Setahun kemudiannya, dia terus diangkat menjadi duta pertama Celine dan muse kepada Hedi Slimane. Gadis berdarah Thai ini juga menjadi bintang global buat jenama barang kemas mewah, Bvlgari. Tugasan pertama buat Bvlgari adalah menjadi penyeri kempen koleksi Magnifica, bersama Zendaya.
https://www.instagram.com/p/CV64efoPVc9/
ROSE

Cinta Rose pada Saint Laurent bukanlah satu yang rahsia. Dia sering menjadi bintang baris hadapan buat pertunjukan rumah fesyen itu. Lantas, membuatkan Anthony Vaccarello menyunting dia sebagai duta global buat Saint Laurent. Ia adalah membuka satu era baharu di Paris dan Saint Laurent. Juga, Rose disunting oleh jenama barang kemas Tiffany & Co. sebagai duta terbaru mereka.
https://www.instagram.com/p/CUdyRaAhuHL/
Pautan Berkenaan: Konservatori 13 Tahun Britney Spears Didalangi Oleh Ibu Sendiri
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
