Bottega Veneta SS25 Menarik Daya Tarikan Chic Dan Joyful
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioJenama mewah Bottega Veneta mengundang perbualan hangat di media sosial, mempersembahkan koleksi yang menyuntik elemen chic and joyful dengan kehadiran A-listed selebriti seperti Jacob Elordi, A$AP Rocky, Kendal Jenner dan ramai lagi.
Bersempena koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2025, Bottega Veneta menganjurkan pertunjukan fesyen pada malam Sabtu di Milan. Pengarah kreatif Matthieu Blazy membawa sentuhannya yang canggih dan abadi ke dalam koleksi, dengan sedikit keseronokan yang menawan penonton sebaik sahaja model pertama melangkah keluar. Koleksi SS25 Bottega Veneta ini memberi keterserlahan akan pendekatan yang memukau dan moden disebalik kisah yang klasik.
Interpretasi Koleksi Bottega Veneta SS25 Oleh Matthieu Blazy di Minggu Fesyen Milan
Pengarah kreatif Bottega Veneta, Matthieu Blazy merupakan seorang pereka yang mahir dengan mata yang unik. Perspektif unik dan kemahirannya disokong oleh bantuan dari imaginasi zaman kanak-kanak dan sifat suka berseronok. Kedua-duanya dipamerkan di seluruh rangkaian Bottega Veneta SS25 yang dipersembahkan di Minggu Fesyen Milan.

Persembahan fesyen dimulakan dengan model yang melangkah masuk ke landasan dengan potongan siluet yang sangat kelihatan Bottega. Pemisah sut bersaiz besar nyata memberi nuansa fesyen yang chic. Turut diperlihatkan model yang dipadukan dalam pakaian rajut seperti gaun dengan tudung kepala dengan elemen joyful, sebelum persembahan diteruskan ke lebih kasual. Selain itu, pentas peragaan Bottega juga tidak lengkap tanpa aksesori yang cukup bergaya. Padanan beg kulit tenunan klasik Bottega lantas melengkapi koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2025 ini. Pertunjukan fesyen ini pula ditutup dengan busana labuci dan sutera sebagai penampilan akhir yang memukau.

Pertunjukan Bottega juga menjadi bualan ramai apabila di setiap sisi landasan, dihadiri oleh barisan hadapan bintang terkenal yang ditempatkan di atas kerusi beanbag haiwan yang bakal dijual pada 22 September. Selebriti seperti A$AP Rocky, Jacob Elordi, Kendall Jenner, dan juga peninju pro Algeria dan pemenang Olimpik 2024, Imane Khelif juga antara yang muncul bagi menyokong dan meraikan acara tersebut.

Artikel Berkaitan: Bottega Veneta Perkenalkan Material Baharu Silky Calf Leather
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
