fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Marc Jacobs x Vans Kolaborasi Paling Abstrak 2017
Keunikan Gaya Jalanan Gadis Paris Sepanjang Paris Couture Week
Parti Bersama Bintang Hong Kong
Eka Di FOPE; Gabungan Inovasi Dan Kemewahan
Dialog Fesyen: Yuleza
Home > Fesyen > Cara Delevingne Dianimasikan Untuk Gabrielle Chanel

Cara Delevingne Dianimasikan Untuk Gabrielle Chanel

Cara Delevingne yang merupakan seorang model, penulis, sukarelawan, dan pelakon kinin telah diabadikan dalam bentuk animasi untuk filem pendek yang juga merupakan kempen untuk kolek tas tangan Gabrielle terbaru Chanel.

 

Delevingne merupakan salah seorang muse Chanel yang dipilih untuk kempen ini termasuk Kristen Stewart, Pharrell Williams, dan Caroline de Maigret.

 

Minggu lalu Chanel telah mengeluarkan filem pendek pertama mereka yang menampilkan pelakon Kristen Stewart ibarat meracau mencari roh Gabrielle Chanel.

 

Filem pendek kali ini dihasilkan oleh seorang pengarah animasi Jepun, Shishi Yamazaki yang pernah melakukan perkara yang sama untuk industri fesyen di Jepun.

 

Dalam klip abstrak berdurasi 1 minit 6 saat itu, Delevingne dalam bentuk animasi dilihat sedang bersiar-siar sebelum ternampak tas tangan Gabrielle lalu berlari menuju ke arah tas tangan tersebut sambil memanggil nama Gabrielle.