Daiyan Trisha Disunting Sebagai Gadis Kempen Raya H&M
Jenama yang sinonim dengan gaya moden, Mei ini menyaksikan himpunan siluet yang lebih glamor serta bersesuaian dengan penggemar fesyen berhijab.

Bagi menyambung lagasi mewah kala raya, rangkaian H&M LTD sekali lagi dilancarkan. Berpaksikan citarasa yang lebih moden dantimeless, ia dijelmakan khusus buat wanita dalam gaya sederhana juga buat yang menggemari suntikan elemen dramatik dalam gaya. Bermula 18hb April, himpunan pertama disajikan dirak jenama ini diikuti pelancaran edisi terhadnya pada 16hb May 2019. Kedua himpunan ini cukup sesuai digayakan menjelang Ramadan juga buat mengunjungi sanak saudara sempena Aidilfitri.
Gambar kempen yang dirakamkan berlatarkan rona kuning terang sengaja dibalas dengan dedaun hijau bagi mencipta mood raya yang lebih segar lagi moden. Siluet ringkas dan longgar seperti tunik, kaftan, skirt labuh serta robe yang ditemani dengan perincian mewah jurai, manik bunga mawar serta perincian lisu (pleats), dimana helaian ini cukup indah disuai padan dalam rona senada mahupun kombinasi warna bertentangan. H&M turut sama membangkitkan mood raya tahun in dengan kemunculan warna merah delima, hijau dan ton putih buat siri himpunan pertama, langsung rona hijau terang, merah jambu kelam dan cetakan bunga lantang serta mainan putih ditemani dalam pelancaran keduanya.
Pilihan Bacaan Seterusnya
5 Destinasi Resort Mewah Di Pulau Malaysia
May 19, 2026
Ini Kamera Poket Paling ‘Chic’ Buat Solo Traveler
May 19, 2026
Kempen Trade-In Samsonite Buat Gaya Jet-Setter!
May 19, 2026
Hijab Ikon: Dolly Dalilah Pilih Wellness Sebagai Self-Love
May 18, 2026
Sentuhan Hollywood Klasik Buat Pertunjukan Dior Cruise 2027
May 18, 2026
Puteri Gunung Ledang The Musical Lebih Daripada Sekadar Comeback
May 18, 2026
Pasangan Selebriti Yang Mengikat Tali Pertunangan 2026
May 18, 2026

