Related Stories
Terokai koleksi Aigner Spring/Summer 2026 yang mengangkat kehalusan kraf kulit, motif flora, dan siluet kontemporari yang bakal mendominasi kalendar fesyen anda.
AIGNER dengan bangganya memperkenalkan koleksi terbaharu Spring/Summer 2026 bertemakan “Paradiso Botanico”, sebuah penghormatan kepada keindahan alam semula jadi dan ketenangan hari musim panas di desa. Koleksi kali ini turut melakar sejarah dengan pengumuman supermodel dan usahawan antarabangsa, Heidi Klum, sebagai Testimonial Global AIGNER yang baharu.
Sentuhan Alam dalam Gempita Fesyen

Koleksi “Paradiso Botanico” membawa jiwa musim panas ke dalam rekaan beg tangan dan aksesori melalui penggunaan bahan semula jadi seperti anyaman Viennese wickerwork, jute, dan suede lembut. Palet warna musim ini didominasi oleh rona bumi yang hangat seperti Oat Beige, Moss Green, Golden Olive, dan Burnt Red, serta kesegaran warna Porcelain Blue dan Cotton White.
Antara seleksi utama koleksi ini termasuklah:

Beg ikonik Cybill kini tampil lebih fresh dengan Cybill Bag Cestino yang menyerupai bakul terbuka yang sophisticated. Manakala Cybill Bag Treccia pula mengangkat seni kraf tradisional Tuscany dengan sentuhan moden.

Y2K revival Lavinia Bag adalah must-have untuk peminat gaya milenium. Dengan perincian tali pinggang dan volume yang bold, ia adalah simbol coolness musim ini.

Kehalusan seni jelas terpancar pada Rosalia Bag Fiori dan Zaira Bag Fiori yang dihiasi aplikasi bunga kulit 3D—satu pernyataan gaya yang cukup feminin namun tetap berkuasa.
URBAN CHIC

Bagi si trendsetter kota, siluet Azzurra dengan potongan logo ‘A’ yang dramatik atau Deborah Bag yang menampilkan kontras jahitan dekoratif adalah pilihan yang tidak mungkin salah.
Koleksi Spring/Summer 2026 ini membuktikan bahawa kemewahan sebenar terletak pada perincian yang abadi dan harmoni alam yang tidak pernah luput dek zaman. It’s time to immerse yourself in the poetry of summer.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
