Dewi-dewi Grik Berjalan Untuk Koleksi Adi Busana Valentino
Sebagai pertunjukan solo pertamanya selepas Maria Grazia Chiuri berhijrah ke Dior, Pierpaolo Piccioli menggunakan peluang ini untuk menandakan permulaan baru baginya dengan tema ‘mimpi’ yang agak ketara dalam koleksi Valentino untuk Minggu Adi Busana tahun ini.
Adi busana Valentino yang kebiasaannya dipenuhi dengan corak dramatik dan siluet serta struktur yang membuatkan model-model yang memperagakan busana mereka kelihatan seperti pahlawan-pahlawan yang penuh karisma dan tenaga.
[envira-gallery id=”61242″]
“Mimpi membuatkan kita manusia; mimpi mampu mencari siapa kita yang sebenar dalam diri kita sendiri,” terang Pierpaolo yang telah mengetengahkan tema mimpi untuk koleksi ini.
[envira-gallery id=”61236″]
Selain itu, Pierpaolo juga mendapat inspirasi untuk koleksi ini daripada legenda dan mitos Grik.
[envira-gallery id=”61237″]
Busana-busana rekaan Pierpaolo untuk musim ini penuh dengan siluet yang anggun dan lembut yang membuatkan setiap gaun yang dikenakan beralun ibarat berjalan atas air dan memberikan kesan mimpi dan kelihatan seperti dewi-dewi Grik. Setiap ceraian dalam koleksi ini juga mempunyai satu ciri ketara di mana semuanya adalah loose fitting.
[envira-gallery id=”61238″]
Perincian yang diterapkan ke dalam koleksi ini juga bermain dengan elemen mimpi untuk memberikan efek magikal dan dreamy kepada setiap ceraian koleksi adi busana ini.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
