Related Stories
Eka Di FOPE; Gabungan Inovasi Dan Kemewahan
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioBarang kemas koleksi Eka yang dilancarkan pada 2017 mendapat nafas baharu dengan rekaan yang lebih halus di bawah himpunan Eka Tiny.
Eka di FOPE telah mendapat perhatian pecinta barang kemas sejak kali pertama koleksi ini dilancarkan. Diperkasa bukan sahaja dengan nilai material mewah tetapi bersama dengan sistem rekaan yang digunakan. FOPE bangga dengan inovasi sistem Flex’It, inovasi yang sangat menakjubkan ini telah memberikan impak barang kemas mereka lebih bersifat flesksibel. Ia merupakan satu kejayaan dalam paduan inovasi dan pasaran mewah.

Eka bermakna “satu” dalam bahasa Sanskrit
“Satu” menjadi esen penting dalam rekaan ini. Rantai mesh direka dalam satu lilitan yang cukup elegan. Boleh dipakai setiap masa dek kerana rekaan yang kemas dan ringkas. Lalu, bagi menambah baik koleksi moden ini, FOPE dengan bangganya melancarkan pula koleksi Eka Tiny. Rekaan baru yang lebih halus, namun cukup kuat dengan sistem Flex’It yang terkemuka dan dikenali telah dipergunakan untuk menghasilkan barang kemas 18 karat ini.
EKA TINY MENAMBAT PASARAN MUDA
Kehalusan barang kemas koleksi Eka Tiny ini memuncakkan lagi trend barang kemas. Rekaannya pula lebih kontemporari dengan koleksi rantai dan gelang tangan Eka Tiny yang moden, menambat hati pasaran muda. Permukaan Eka Tiny yang mulus ditambah dengan perincian rondel agar nampak lebih segar.
Melalui koleksi ini juga, FOPE mahu memberi idea-idea kepada pecinta Eka untuk bijak dalam menggayakan koleksi Eka Tiny mereka dalam gaya berlapis-lapis. Gabungan Eka Tiny dalam kelebaran dan saiz yang berbeza memcinta sensasi gaya yang moden.
BARANG KEMAS BUAT JEJAKA
Melihat pada rekaan yang cukup ringkas, FOPE juga melancarkan koleksi barang kemas 18 karat khas buat pasaran lelaki. Gelang tangan dan cincin yang disertakan dengan sistem Flex’It menjadi pilihan lelaki. Apatah lagi, koleksi kali ini direka dengan penambahan berlian hitam sebagai fokus rekaan.
Claudia Piaserico, Pengurus Pembangunan Produk di FOPE mereka barang kemas dengan gabungan emas bersama berlian hitam untuk lelaki yang lebih dinamik. Baik kerja atau pun kembara, dia ini mempunyai keyakinan diri yang cukup tinggi. Lebih penting apabila dia selesa untuk bersifat elegan dan keselesaan adalah amat penting buat pecinta barang kemas FOPE lelaki ini.

Singgah ke butik FOPE yang terletak di SUEN No. 119 Jalan Maarof, Taman Bangsar 59000 KualaLumpur. Hubungi +6012 239 9029 untuk membuat temujanji.
Pautan Berkenaan: #EVERYDAYJOURNEY, Kembara FOPE Penuh Keagungan dan Selebrasi
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.




