Evolusi Gaya Millie Bobby Brown Sejak Sedekad Lalu
Sepanjang meningkat dewasa, Millie Bobby Brown sentiasa menjadi perhatian umum.
Bermakna peminat melihat sendiri bagaimana pilihan fesyennya berkembang sejak permulaan kerjayanya. Kini berumur 20 tahun, Millie berjalan di karpet merah buat kali pertama pada usia 10 tahun. Ketika itu dia menggayakan persalinan ringkas, sesuai dengan umurnya yang muda.
Sejak itu aktres Stranger Things ini telah berkembang menjadi bintang fesyen bercita rasa tinggi. Tidak syak lagi dia kini dalam perjalanan untuk bergelar ikon stail disegani.
Lihat pilihan fesyen Millie Bobby Brown dahulu hingga kini
Millie Bobby Brown menghadiri salah satu acara karpet merah pertamanya pada 2014. Baru berusia 10 tahun, dia memakai gaun ringkas dengan kasut balet berperincian bunga.
Pada 2016, dia kembali ke karpet merah untuk tayangan perdana Stranger Things musim pertama. Millie kelihatan glamor dalam gaun rona emas putih yang dipadankan bersama Converse sarat labuci.
Tahun berikutnya, Millie menghadiri Golden Globes dalam busana berkilauan rona perak bersama sandal tumit rendah sedondon.
Seperti kebanyakan remaja lain, Millie ada kalanya gemar tampil dalam gaya eddy. Pada Anugerah Muzik Video MTV 2017, dia menyarung gaun hitam berperincian labuci dan kasut but bertali.
Walaupun baru berusia 13 tahun ketika ini, dia sudah pun berkembang menjadi bintang fesyen. Lihat saja penampilannya dalam gaun kembang Calvin Klein di Anugerah Emmy 2017.
Pelakon ini menyarung gaun mini kulit ketika menghadiri tayangan perdana Stranger Things musim kedua.
Populariti Millie terus mekar pada 2018, namun pilihan fesyennya tetap menyeronokkan.
Kala muncul di karpet merah SAG Awards, dia menggayakan gaun mini merah jambu sarat labuci bersama kasut Converse putih.
Millie benar-benar bersinar di Time 100 Gala dalam gaun putih berperincian bunga rekaan Dolce & Gabbana.
Dia menampilkan kelainan di karpet merah dengan menyarung celana bersama baju crop.
Pada 2019, Millie tampil persis puteri dalam gaun Dior kala menghadiri karpet merah tayangan Godzilla: King of the Monsters.
Cita rasa fesyennya dilihat semakin matang pada bermula tahun 2020. Dia menggayakan gaun labuh bersama celana Louis Vuitton di SAG Awards.
Millie hampir tidak dapat dikenali di EE British Academy Film Awards 2022. Dia menyarung busana Louis Vuitton dengan korset baldu dan lapisan renda.
Begitu juga dengan penampilannya di tayangan perdana Stranger Things musim keempat. Menyarung Louis Vuitton, Millie berjalan di karpet merah dalam gaun putih tanpa tali dengan lapisan tulle hitam di sebelah bahu.
Tidak pernah takut untuk berseronok, dia berjalan di karpet merah Enola Holmes 2 pada Oktober 2022 dalam gaun halter merah jambu daripada Louis Vuitton.
Tahun ini, Millie kekal bersinar di karpet merah. Pada tayangan perdana Damsel, dia muncul dengan memakai gaun metalik dengan perincian sisik daripada Louis Vuitton.
Foto: US Weekly/Getty Images
Baca: Evolusi Fesyen Meghan Markle: Dari Pentas Hollywood Ke Dunia Diraja
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
