Bagasi Louis Vuitton ternyata cukup sinonim dengan jenama mewah itu. Pelbagai pilihan rekaan, bentuk serta bahan yang digunakan kini menjadi pilihan. Semuanya bermula pada tahun 1858 apabila pengasas label itu, Louis Vuitton, memperkenalkan trunk atau dikenali sebagai “malle” di Paris.
Gambar: Louis Vuitton
The Trianon Canvas 1858 – 1876
Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1858 di Perancis, trunk sulung Louis Vuitton dibaluti kanvas Trianon kelabu ini mencipta fenomena sendiri kerana reka bentuknya yang rata di bahagian atas serta bawah. Jika sebelum ini trunk kebiasaanya direka dengan bentuk bulat pada bahagian atas, inovasi trunk Vuitton ini memberi lebihan ruang pada barang yang dibawa serta memudahkan lagi proses pengangkutan.
Gambar: Louis Vuitton
The Rayee Canvas 1872 – 1888
Bagi mengelakkan peniruan pada rekaan trunk tersebut, kemasan kanvas Trianon kelabu ditukar kepada kanvas jalur merah dan putih pada tahun 1872. Transformasi pada trunk Vuitton terus dilakukan pada tahun 1876 apabila kanvas jalur berona kuning dan coklat mula diaplikasikan pada trunk tersebut. Kedua-dua trunk ini dinamakan Rayee canvas atau dalam bahasa Perancis digelar “Striped” canvas. Rayee canvas terus digunakan sehinggalah Damier canvas mula diperkenalkan pada tahun 1888.
Gambar: Louis Vuitton
The Damier Canvas – 1888 hingga kini
Kanvas Damier mula diperkenalkan pada tahun 1888 untuk terus melindungi rekaan trunk daripada peniruan. Rekaan klasik kanvas Louis Vuitton Damier hadir dalam dua rona, yakni rona merah yang jarang ditemui (motif titik berona merah gelap berlatar belakangkan rona coklat gelap) serta motif checker berona putih dan coklat terang serta gelap. Di dalam setiap trunk diletakkan “marquee L. Vuitton depose” yang diterjemahkan kepada “L. Vuitton trademark”. Kanvas Damier ini masih lagi digunakan sehingga ke hari ini.
The Monogram Canvas – 1896 hingga kini
Sementelah kematian Louis Vuitton pada tahun 1892, syarikat tersebut dinaung oleh anak lelakinya, Georges Vuitton. Visi Georges adalah untuk membangunkan syarikat tersebut menjadi suatu jenama mewah yang penuh ikonik dan prestij. Maka pada tahun 1896, dia memperkenalkan rekaan signature kanvas LV Monogram, namun Monogram yang pertama hanya dijual pada tahun berikutnya iaitu 1897. Simbol Monogram tersebut iaitu motif bunga dan corak daun quatrefoil merupakan trend rekaan Oriental lewat era Victoria. Ianya cukup dikenali di serata dunia dan merupakan rekaan kanvas yang paling banyak digunakan oleh syarikat itu.
The Vuittonite Canvas – Perubahan Abad
Hadir dalam rona hitam, coklat, kuning dan oren, Vuittonite canvas menyaksikan perubahan pada rekaan trunk Louis Vuitton apabila abad ke-20 mula menjelma. Ianya terus digunakan sehingga ke era 1920-an. Trunk ini turut hadir dalam rona berbeza. Pada awal abad ke-20, seorang dermawan Perancis memesan khas trunk Vuittonite rona merah bagi tujuan mengangkut peralatan fotografi miliknya. Trunk tersebut dibawa ke India bersama dua jurugambar bagi merakam kehidupan maharaja serta rakyat jelata di sana.
Penggunaan Material Khusus – Lewat Abad ke-19 hingga kini
Dari abad ke-19 hingga kini, Louis Vuitton terus kreatif dalam penggunaan bahan material bagi menghasilkan rekaan pesanan khas. Antara bahan yang digunakan termasuklah zink, tembaga, kayu, kanvas serta pelbagai jenis kulit seperti kulit lembu asli, buaya, gajah dan ular. Penggunaan kulit binatang ini kemudian dinamakan Grained Leather, Morocco Leather, Nomade Leather, Taiga Leather dan Suhali Leather oleh Louis Vuitton.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.



