Related Stories
Farah Khan Lancar Koleksi Skarf Bersama Caramel
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioSeminggu sebelum bulan Ramadan menjelma, Dato’ Seri Farah Khan menjemput GLAM hadir ke butik M yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur. Ada preview esklusif yang mahu dipertontonkan hasil daripada kerjasama jenama Farah Khan bersama jenama skarf baru tanah air. Caramel Fashion Scarves adalah orang baru dalam arena fesyen skarf. Persona disebalik jenama ini pula milik Datin Azila Caramella. Dia sendiri punya citra fesyen yang bagus. Cita rasa fesyen dua persona ini digabungkan dalam satu kolaborasi skarf fesyen yang indah.

Koleksi skarf ini mendapat idea daripada keindahan taman dunia. Taman juga sudah menjadi esen DNA penting buat jenama Caramel. Ketika Datin Azila melancarkan jenamanya ini, koleksi pertamanya diberikan tajuk Jardin de Caramel. Di mana, keindahan taman Paris menjadi idea buat Datin Azila. Maka tidak mustahillah untuk koleksi Caramel x FK, mereka bersetuju untuk berpaut pada tema taman-taman indah di dunia.
“Saya cukup merindui taman Shalimar saya di Bali. Dek kerana itu, pasukan rekaan saya terus melakukan kerja selidik tentang taman-taman di dalam dunia. Ia menjadi paksi utama dalam penghasilan skarf ini bersama Caramel,” ujar Dato’ Seri Farah Khan. Melalui koleksi skarf ini, Dato’ Sreri Farah Khan dan Datin Azila memberikan keindahan taman Tuileries hingga ke Majorelle sebagai taruhan kreatif mereka. Setiap rekaan motif berunsur taman ini memberikan rasa yang cukup gembira. “Keindahan lanskap flora dan fauna pada skarf membuatkan kita tidak sabar untuk kembali menikmatinya,” sambung Dato’ Seri Farah Khan lagi.
Pautan Berkenaan: Anggun Di Aildilfitri Bersama FERN: The Orchid Series
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.



