fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
“Vivier Express” Kempen Ikon Yang Dibintangi Oleh Laura Dern
Warna Palet Fall/Winter 2023-2024 Jangkaan GLAM
Bottega Veneta SS25 Menarik Daya Tarikan Chic Dan Joyful
Himpunan Dress Met Gala Paling Menawan Sepanjang Zaman
Balmain Melantik Antonin Tron Sebagai Pengarah Kreatif Baharu
Home > Fesyen > Fendi Meraikan Logo Ikonik FF Dengan Koleksi Khas di Net-a-Porter

Fendi Meraikan Logo Ikonik FF Dengan Koleksi Khas di Net-a-Porter

Dizahirkan oleh Karl Lagerfeld sendiri pada tahun 1965 logo ikonik dan warisan Fendi yakni logo FF (Fun Fur) diraikan dengan bantuan pusat beli-belah atas talian Net-a-Porter.

 

Koleksi ini menampilkan logo FF sebagai tunjang utama setiap ceraian baju, sepatu, dan aksesori. Sejak dahulu lagi mempengaruhi unsur rekaan beberapa ceraian ikonik Fendi seperti kasut Rockoko dan tas tangan Peekaboo, logo ini diabadikan sekali lagi dengan nafas baru melalui koleksi kapsul ini. Mengekalkan rona warna signatur Fendi, classic tobacco dan hitam, koleksi ini juga menampilkan variasi rona putih dan hitam yang menunjukkan kelainan daripada koleksi Fendi sebelum ini.

 

Dengan pelancaran eksklusif ini juga, koleksi ini bakal dilancarkan di laman sesawang Net-a-Porter menjelang 13 April ini terlebih dahulu untuk sebulan sebelum dilancarkan pula di butik-butik Fendi yang terpilih dan fendi.com.

Prev1 of 4

Koleksi Kapsul Fendi FF Logo

Prev1 of 4

Koleksi Kapsul Fendi FF Logo