fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Jadual Pementasan Di Minggu Fesyen Paris
5 Jenama Fesyen Milik Bintang K-Pop Popular
Nirmala Merak Bulgari Simbol Kemewahan Teratas
Tingkatkan Gaya Pejabat Dengan Pilihan Pakaian Minimalis Dari UNIQLO Miracle Air
Legasi Barisan Couture Bride Chanel Pilihan Karl Lagerfeld

Fesyen Terbaik Di Istiadat Pertabalan Raja Charles III

Lapan bulan selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Raja Charles III akhirnya ditabal menjadi Raja Britain baru pada 6 Mei lalu.

Detik bersejarah Raja Charles yang berlangsung di Westminster Abbey disaksikan beratus-ratus tetamu berprofil tinggi. Ini termasuk pemerintah tersohor dan kerabat Diraja dari seluruh pelosok dunia.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

Raja Charles memecah tradisi dengan menggayakan persalinan moden yang ditempah khas untuk istiadat pertabalan. Baginda menyarung tunik berwarna merah, kemeja sutera rona krim dan celana Tentera Laut Diraja. Gayanya dilengkapkan dengan jubah vintaj yang dipakai datuknya, Raja George VI semasa pertabalannya sendiri pada tahun 1937.

Saat dimahkotakan, Raja Charles menyarung gaun putih Colobium Sindonis dan Supertunica emas sebelum dipakaikan Mahkota St. Edward berusia 362 tahun. Baginda kemudiannya meninggalkan Westminster Abbey dengan Mahkota Diraja Negara atau dikenali sebagai Imperial State Crown.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

Glam himpunkan persalinan terbaik yang digayakan kerabat serta tetamu pada upacara pertabalan Raja Charles yang penuh bersejarah.

8 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

Putera Mahkota Frederik & Puteri Mahkota Mary

Pewaris takhta Denmark ini menggayakan pakaian seragam tentera. Puteri Mahkota tidak kalah bergaya dalam gaun midi biru kundang.

8 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse