fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
4 Tas Michael Kors SS21 Patut Miliki
Summer Dress Pilihan Blogger Fesyen Popular
Tertarik Kepada Wanita Lain, Punca Liam Hemsworth Dan Miley Cyrus Berpisah?
The Modest Brand Tawaran Gaya Sopan Terkini
Mimpi Bersama Gucci Love Parade

Fesyen Terbaik Di Istiadat Pertabalan Raja Charles III

Lapan bulan selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Raja Charles III akhirnya ditabal menjadi Raja Britain baru pada 6 Mei lalu.

Detik bersejarah Raja Charles yang berlangsung di Westminster Abbey disaksikan beratus-ratus tetamu berprofil tinggi. Ini termasuk pemerintah tersohor dan kerabat Diraja dari seluruh pelosok dunia.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

Raja Charles memecah tradisi dengan menggayakan persalinan moden yang ditempah khas untuk istiadat pertabalan. Baginda menyarung tunik berwarna merah, kemeja sutera rona krim dan celana Tentera Laut Diraja. Gayanya dilengkapkan dengan jubah vintaj yang dipakai datuknya, Raja George VI semasa pertabalannya sendiri pada tahun 1937.

Saat dimahkotakan, Raja Charles menyarung gaun putih Colobium Sindonis dan Supertunica emas sebelum dipakaikan Mahkota St. Edward berusia 362 tahun. Baginda kemudiannya meninggalkan Westminster Abbey dengan Mahkota Diraja Negara atau dikenali sebagai Imperial State Crown.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

Glam himpunkan persalinan terbaik yang digayakan kerabat serta tetamu pada upacara pertabalan Raja Charles yang penuh bersejarah.

7 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

Puteri Beatrice

Anak perempuan kepada Putera Andrew ini tiba di upacara pertabalan Raja Charles dalam gaun midi fuchsia Beulah London bersama cekak dempak rona emas.

7 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse