Siapa Wanita Berani Buat Kempen Terakhir Donatella Versace
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioKempen Versace Fall Winter 2025 menampilkan ikon fesyen legenda dalam nada yang meraikan kekuatan, kebebasan dan ekspresi diri yang berani.
“Be yourself. Believe in yourself. Break the rules.” – semangat inilah yang menjadi nadi kepada koleksi Versace Fall Winter 2025. Digerakkan oleh Donatella Versace dan barisan bintang legenda dan kempen ini menjadi simbol perayaan terhadap kekuatan wanita dan kebebasan ekspresi diri tanpa kompromi.

Natasha Poly
Wanita-wanita yang dijemput menjadi wajah kempen terakhir Donatella Versace sebagai ketua kreatif adalah Claudia Schiffer, Kate Moss, Kristen McMenamy, Amber Valletta, Natasha Poly, Saskia de Brauw, Liu Wen, Mica Argañaraz, Anok Yai, Mila Van Eeten, dan Jacqui Hooper.

Anok Yai
kempen Versace Fall Winter 2025 dirakam oleh duo fotografi ikonik Mert & Marcus. Ia tidak sekadar visual, ia adalah kenyataan gaya dan identiti yang bakal terus dimajukan oleh penerus jenama ini. Setiap helaian menyerlahkan siluet ikonik Versace, terutama gaun berasaskan metallic mesh yang memancarkan sensualiti dan keberanian rekaan rumah fesyen ini. Gaun-gaun ini, yang tampak seperti cairan emas, merangkul tradisi dan masa depan Versace dalam satu dialog yang penuh kuasa.

Kate Moss
Kemunculan beg Virtus baharu turut mencuri perhatian. Ia direka dengan simbol ‘V’ yang ditempa logam, membawa naratif ketegangan antara kekuatan dan kelembutan. Beg ini, dengan pemegang separuh bulat, mencerminkan sisi lembut namun berprinsip wanita Versace.

Jacqui Hooper
Donatella Versace menyatakan, “Energi di set ini luar biasa. Ia tentang persahabatan, kesetiaan, dan cinta. Gambar-gambar ini dicipta untuk meraikan jiwa wanita Versace – kekuatannya, semangatnya, sikapnya dan hatinya.” Setiap koleksi ialah kisah, dan himpunan Versace Fall Winter 2025 adalah cerita keberanian untuk menjadi diri sendiri dan kelihatan luar biasa ketika melakukannya. Dengan kempen ini, Versace sekali lagi menegaskan kedudukannya sebagai rumah fesyen yang bukan hanya ikonik, tetapi sentiasa mendefinisikan semula masa depan dengan gaya yang berani dan penuh kuasa.
Artikel Berkaitan: Donatella Versace Meninggalkan Takhta Pengarah Kreatif Versace
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
