fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
3 Best Items Dari Koleksi Dioriviera Pilihan GLAM
Barisan Model Yang Mewakili Kepelbagaian & Inklusiviti Dalam Dunia Fesyen
A-List GLAM: Nina Sabrina Ismail Sabri
Fantasi Fesyen “THE DIORAMOUR”, Apakah Item Yang Hangat?
Inovasi Skechers Gowalk Yang Mengagumkan
Home > Fesyen > Gadis Tempatan Dari Bhutan Hias Kempen 3.1 Phillip Lim

Gadis Tempatan Dari Bhutan Hias Kempen 3.1 Phillip Lim

A photo posted by 3.1 Phillip Lim (@31philliplim) on


 
Suatu yang di luar jangkaan apabila label fesyen 3.1 Philip Lim menggunakan gadis tempatan dari Bhutan untuk menghiasi kempen Musim Luruh/Sejuk 2015 jenama itu.
 
Kempen yang dirakamkan oleh Vivian Sassen itu tidak menggunakan khidmat peragawati malahan tiada secalit solekan dioles pada wajah gadis tempatan tersebut. Penata gaya serta pedandan rambut juga tidak diperlukan dan hasilnya menakjubkan!
 
Kempen itu turut dihiasi oleh seorang warga tua berumur 70 tahun (gambar dibawah) bernama Phago. Phago yang bekerja sebagai pemandu arah tempatan dilihat menggayakan koleksi beg Alix dengan penuh bersahaja.
 
Salah seorang gadis yang menghiasi kempen itu pula adalah seorang guru di sebuah sekolah asuhan. Tsheweng Zangmo (gambar atas), berasal dari Tashi Yangtse yakni sebuah lokasi terpencil di Timur Bhutan.
 

A photo posted by 3.1 Phillip Lim (@31philliplim) on