fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
9 Momen Fesyen Terbaik Rihanna & ASAP Rocky
Sentuhan Segar Antigona Cube Dalam Keluarga Antigona Givenchy
Alia Bastamam Menghembus Kembali Nafas Baharu Ke Dalam Dunia Bridal
Dari Runway Ke Realiti, SHALS Lancar Coming of Age: Phase 2
Tiffany & Co. Semarakkan Lagi Aura Cinta Dengan Kempen #BelieveInLove

Gaya Olivia Rodrigo, Pencetus Inspirasi Fesyen Gen Z!

Boots daripada Dr. Martens sering menjadi pelengkap gaya penyanyi Olivia Rodrigo, langsung menjadi pencetus inspirasi stail Gen Z kini!

Teringat dahulu, sewaktu zaman belajar, Dr. Martens menjadi gaya kegemaran ramai pelajar di universiti. Sudah lama tidak terlihat gaya ini, dan hari ini, sewaktu saya berjalan keluar ke Pasar Seni dan Petaling Street, ramai anak-anak muda kelihatan menggayakan boot jenama ini. 

Terkenal dengan keselesaannya, tidak hairanlah mengapa Olivia Rodrigo juga menggemarkannya. Bukan sahaja dijadikan sebagai gaya harian, pemenang anugerah Grammy ini juga sering menggayakan tatkala membuat persembahan. Olivia dan Dr. Martens sesungguhnya tidak dapat dipisahkan. Untuk pengetahuan anda juga, wanita ini amat meminati Dr. Martens Jadon Boot.

Jika tahun lalu, heboh di TikTok, trend alt-girl aesthetic menjadi pilihan Gen Z, comeback gaya pop-punk dan seangkatan dengannya. Nampak gaya, trend ini belum reda. Seperti gaya Olivia Rodrigo yang pada saya amatlah sesuatu ini, dia bijak dalam berpadu-padan busana di geroboknya. Jom kita intai satu-persatu gaya Gen Z pilihan GLAM ini. 

Ini 5 Gaya Olivia Rodrigo Pilihan GLAM

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse