Gemerlapan Ikon Korea Di Paris Fashion Week
Paris menjadi pentas utama, di mana fesyen bertemu bintang. Terokai gaya ikon Korea di barisan hadapan yang dipenuhi selebriti terkenal.
Setelah pertunjukan fesyen di Copenhagen, New York City, London, dan Milan, kini perhatian tertumpu ke kota Paris. Tahun ini, Paris menjadi tumpuan dengan persediaan untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024, yang telah diatur semula untuk menyambut crème de la crème dunia fesyen. Pertunjukan bermula pada 23 September dan akan berakhir pada 1 Oktober.
Tiga minggu kebelakangan ini penuh dengan kemeriahan di barisan hadapan pertunjukan fesyen, dengan penampilan selebriti yang tidak henti-henti, malah ada yang turut beraksi di pentas peragaan. Di New York, peminat drama Thai disajikan dengan kehadiran empat bintang popular Thailand sekaligus! Fourth, Gemini, Phuwin, dan Pond menghadiri pertunjukan Tommy Hilfiger yang berlangsung di sebuah feri lama di Staten Island. Turut kelihatan di pertunjukan itu ialah Jisoo dari BLACKPINK serta Felix dan Lee Know dari Stray Kids. Terlihat juga, Rosé dan Jisoo di Saint Laurent dan Christian Dir. Dahyun daripada TWICE pula membuat debut peragaannya di pertunjukan Michael Kors, tampil mempesona dengan busana neutral di pentas peragaan!
Sorotan Selebriti Korea di Paris Fashion Week 2025
Rosé Blackpink di Saint Laurent Spring/Summer 2025, September 24

Jisoo Blackpink di Christian Dior RTW Spring/Summer 2025, September 24.

S.Coups Seventeen di Loewe Spring/Summer 2025, September 27
Johnny (NCT) di Acne Studios Womenswear Spring/Summer 2025, September 25

Hongjoong Ateez di Vivienne Westwood Spring/Summer 2025

Hongjoong Ateez di Balmain Womenswear Spring/Summer 2025

Wooyoung Ateez di Courrèges’ Womenswear Spring/Summer 2025

Apabila tumpuan fesyen beralih ke Paris, keterujaan berterusan dengan ramai lagi bintang Korea yang dijangka hadir. Acara ini dikatakan sebagai salah satu acara fesyen paling berprestij di dunia, dan koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2025 akan diperkenalkan kepada penonton global yang penuh semangat. Barisan selebriti korea yang akan hadar di pentas pertunjukkan fesyen minggu ini.
September 30:
Balenciaga- Go Yoon-jung
October 1:
Chanel- BLACKPINK’s Jennie and NewJeans’ Minji
Miu Miu- IVE’s Wonyoung
Louis Vuitton- Stray Kids’ Felix, BLACKPINK’s Lisa, Jung Ho-Yeon, NewJeans’ Hyein and TWICE’s Nayeon
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

