GLAM 1O1: Azzedine Alaia King of Cling Era 80-an
Era 80-an meletakkan Azzedine Alaia sebagai inovasi pintar dengan menghasilkan rekaan melekat ke susuk badan wanita dan menjadikan dia sebagai King Of Cling lantas sehingga kini pereka kelahiran Tunisia ini terus dijulang sebagai orang fesyen yang membiaskan rasa sensual wanita.
1. Terkenal dengan siluet body-con, Azzedine Alaia menamatkan pengajian dalam bidang seni arca dan terus mendapatkan pengalaman bekerja dalam bidang fesyen dibawah tunjuk ajar mendiang Christian Dior.
2. Buyers di Barneys mengenali Azzedine Alaia apabila melihat seorang wanita menyarungkan jaket jenama itu lalu membuka jalan buat Alaia menakluk tanah Amerika membuka butik pertamanya di sana.
3. Dia pernah menolak anugerah Legion D’Honneur pada 2008 oleh Nicolas Sarkozy, kerana tidak gemar dengan sebarang perincian dan menyifatkan pingat itu tidak kena dengan jiwanya.

Naomi Campbell sudah dianggap seperti anak kerana supermodel ini mula tinggal di rumahnya sejak kali pertama dia menjejak kaki di kota Paris pada usia 16 tahun
4. Alaia masih dingin dengan Anna Wintour kerana editor itu tidak menyenaraikan himpunannya dalam pameran Model As Muse buat Metropolitan Museum of Art lalu membuatkan Niomi Campbell juga menarik dari untuk hadir ke parti pameran tahunan itu.
5. Dia juga menyelar Karl Lagerfeld yang kononya Pengarah Kreatif Chanel bersifat karikatur dan barang kali tidak pernah menyentuh gunting dalam seumur hidupnya sebagai pereka fesyen.
6. Dia tidak mempersembahkan koleksi mengikut jadual minggu fesyen kerana hanya akan memberikan satu koleksi lengkap apabila mendapat inspirasi dan kali terakhir koleksinya dipersembahkan dalam skala kecil pada Mac awal tahun ini.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.



