GLAM 101: Cindy Crawford

Oleh: Aizat Aidid
 

capture-20160418-220346Cindy Crawford menghiasi kempen musim bunga/panas 2016 Balmain

 
Cindy Crawford bukan sahaja terkenal dengan tahi lalat manis di atas bibir, peragawati kelahiran IIlinois ini memberi definisi baru kepada dunia peragaan dengan wajah Amerikanya serta bentuk badan lebih atletik dan berambut coklat.
 
1. Kerjaya Cindy Crawford bermula apabila wajahnya dirakam oleh jurugambar akhbar lokal Illinois. Ketika itu dia sedang bekerja di ladang jagung dan atas tiket semangat Crawford memberanikan diri untuk masuk ke pertandingan Look Of The Year anjuran John Casablanca.
 
2. Berjaya menduduki tempat ke-12 yang teratas pertandingan Look Of The Year 1983. Selepas itu Crawford membuat keputusan untuk meninggalkan dunia pengajian yang mana dia mendapat biasiswa mengikuti ijazah kejuruteraan kimia.
 
3. Orang ramai mengenali Cindy Crawford kerana tahi lalat di atas bibir  yang  menjadi identitinya. Namun begitu Anna Wintour meminta tahi lalat itu diedit kala dia menjadi penghias kulit majalah Vogue British pertamanya yang dirakam oleh Patrick Demarchelier.
 
4. Resumenya cukup hebat dengan membintangi kempen besar seperti GAP, Revlon dan Calvin Klein namun yang paling memberi impak adalah apabila dia menjadi model iklan Pepsi Super Bowl dan pada 2002 dia sekali lagi muncul buat iklan Diet Pepsi.
 

 
 

POST A COMMENT