GLAM Persona: Karakter Dinamik Nia Atasha
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioPERSONALITI YANG MENYENANGKAN MENJADI KEKUATAN PADA PERSONA ARTIS YANG BERMULA SEBAGAI PERAGAWATI DAN TERUS MENGEMBANGKAN KARIERNYA KE LAYAR PERAK DAN KACA TELEVISYEN. MINAT PADA DUNIA SENI MENJADIKAN DIA MAHU MENCUBA SEMUA LAPANGAN BAGI MEMASTIKAN KERJAYANYA TIDAK HANYA TERTUMPU HANYA PADA SATU PENGKHUSUSAN CABANG SENI.
PENGARANG FESYEN: JOHAN KASSIM PENGARAH SENI KANAN: AMIRUL ARIFIN GAMBAR: EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO SOLEKAN: SYED FAIZAL DANDANAN: CKAY LIOW & YUSOF RUZAIMI TEKS: SHAHRIL HADI HALIM

Samsung Galaxy Z Flip4 Bora Purple Dan Busana Louis Vuitton
Hari penggambaran yang bermula awal pagi, tidak menjadi halangan buat GLAM dan wajah baru dalam dunia seni hiburan yang menjadi pilihan muka hadapan isu ini meneruskan hari dengan penuh energi yang positif. Senyum yang sentiasa terukir menyerlahkan lagi keikhlasan Nia melunaskan tanggungjawab yang ditugaskan kepadanya. Model turned actress ini perlu menyempurnakan penggambaran kulit hadapan isu Oktober 2022 yang menampilkan dua versi berbeza termasuklah versi digital bagi hantaran di media sosial. Berbeza untuk isu kali ini, sampul hadapan edisi ini menampilkan dua versi khas yakni Louis Vuitton dan Samsung bersempena pelancaran model terbaru Samsung Galaxy Z Flip4 5G.

Samsung Galaxy Z Flip4 Bora Purple Dan Busana Louis Vuitton
Secara peribadi ini bukanlah kali pertama saya menyempurnakan tugasan bersama Nia namun setiap kali mendapat tugasan, dia akan memberikan komitmen tertinggi dan tidak hairanlah mengapa dia memilih menceburkan diri dalam lapangan baru iaitu dunia lakonan sebagai langkah mengembangkan lagi sayap kerjaya seninya. Mungkin ada yang tidak tahu, Nia juga memilih seni lukisan sebagai salah satu aktiviti yang dilakukan juga pernah berkolaborasi dengan sebuah jenama lokal dengan mereka skarf khas olehnya buat jenama tersebut. Biarpun terpalit dengan sedikit kontroversi, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkecimpung dalam arena dunia kreatif dalam memilih dunia peragaan sebagai langkah pertama menceburi bidang glamor ini.
https://www.instagram.com/p/CjIVQe8AoeX/
Ini memberi peluang kepada saya bertanya adakah menjadi punca mengapa Nia memilih untuk mula berlakon dan sejauh mana dia melihat dirinya sebagai pelakon. “Sejujurnya minat dalam dunia seni memang sudah tertanam di dalam diri ini. Seni lukis, nyanyian, bermain alat muzik, lakonan dan peragaan bagai saya merupakan satu cabang sama yang ingin saya takluki. Membesar dengan rasa sebegini menjadikan saya yakin untuk mengatakan iya saat dilamar untuk menjejakkan kaki ke dalam dunia lakonan. Pada saya beza antara dunia lakonan dan peragaan, dunia peragaan saat saya bermula, saya perlu bekerja keras untuk mendapatkan panggilan kerja manakala dalam dunia lakonan saat tawaran hadir saya memilih untuk terus melakukannya dan pengalaman dalam bidang peragaan membantu saya mengorak langkah yang lebih besar seperti bagaimana mencari sesi ujibakat dan menjalani screen test.”

Samsung Galaxy Z Flip4 Pink Gold. Kardigan & Celana Denim Kate Spade.
Berbicara mengenai kehidupan di hadapan lensa kamera perbezaan di antara menjadi model dan pelakon sudah semakin dirasai oleh Nia. Terangnya dia mahu menjadi seseorang yang genuine di sosial media tanpa perlu berubah secara mendadak mengenai dirinya sendiri. Tidak menafikan dia sering mendapat perhatian khusus mengenai cara pemakaiannya namun dia masih merasakan sebagai seorang model ia merupakan salah satu stail yang menjadi pilihan dalam menjalani kehidupan. Turut menyebut Alicia Amin sebagai teman yang banyak berkongsi dan kerana dia juga telah mengambil langkah menjadi pelakon terlebih dahulu. Nia turut memandang tinggi terhadap dua pelakon ternama tanah air iaitu Datin Sri Umie Aida dan Erma Fatima nama yang pada saya kurang disebut oleh generasi hari ini.
Baca lanjut dalam GLAM OKTOBER 2022
Pautan Berkenaan: GLAM Persona: Fazura In Charge
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
