Millennial It-Girl: Micah Gianelli
Keunikan Gaya Jalanan Gadis Paris Sepanjang Paris Couture Week
Fashion Youthquake
Gemarkan Busana Floral America Ferrera?
Kontroversi Casting Balenciaga Diketengahkan Lagi Dengan Kenyataan Terbaru
Home > Uncategorized > GLAM Pick: Gaya Terbaik Anugerah Grammy ke-59

GLAM Pick: Gaya Terbaik Anugerah Grammy ke-59

Anugerah Grammy yang dinanti-nantikan oleh orang ramai sejurus senarai pencalonan dikeluarkan pada beberapa bulan sebelum ini di mana Beyoncé memecah rekod dengan sembilan pencalonannya akhirnya berlangsung di Staples Center, Los Angeles.

 

Walaupun Beyoncé hanya merangkul dua anugerah daripada sembilan pencalonan, pemenang besar pada malam itu penyanyi bersuara lunak Adele, yang turut memenangi anugerah Album of The Year, menyanjungi rakannya Beyoncé dalam ucapan beliau.

 

Turut menarik perhatian ramai adalah persembahan tribute kepada legenda muzik Prince, David Bowie dan juga George Michaels.

Seperti biasa apa yang penting selain daripada anugerah-anugerah yang disampaikan adalah what did they wear?

 

GLAM menyenaraikan selebriti-selebriti yang menarik perhatian kami dengan gaya mereka.

Prev1 of 14
Use your ← → (arrow) keys to browse

Walaupun tidak kelihatan pada karpet merah, tidak dapat dinafikan bahawa Beyoncé kelihatan sangat menawan dengan gaun emas oleh bekas pengarah kreatif Roberto Cavalli, Peter Dundas, untuk persembahannya.
Foto: Frank Micelotta/PictureGroup

Prev1 of 14
Use your ← → (arrow) keys to browse