GLAM Pick: Kempen Fesyen Paling GLAM Tahun 2016

Kempen Musim Luruh 2016 Gucci.
2017 bakal menemui kita beberapa hari lagi dan dunia fesyen yang tidak tahu erti rehat juga terus dihiasi dengan kempen-kempen yang menarik untuk tahun 2017 oleh jenama-jenama besar seperti Chanel, Alexander Wang, Gucci, Dior, Givenchy dan lain-lain.
Apa yang boleh dilihat melalui kempen-kempen yang dikeluarkan pada tahun ini adalah bilangan yang besar. Jenama-jenama ini tidak segan silu untuk mengumpulkan model-model dan selebriti-selebriti dalam bilangan yang besar untuk membintangi kempen mereka sepanjang tahun.
Seperti mana yang dapat dilihat dalam kempen Alexander Wang dimana dia mengumpulkan #WangSquad untuk kempen musim bunga mereka yang berlatarkan Manhattan dan Brooklyn. Gucci pula mengumpulkan gang-gang model mereka untuk bertempiaran di sekeliling Berlin untuk musim bunga dan di Tokyo untuk musim luruh pula.
Prada yang dikenali dengan memperkenalkan muka-muka baru untuk kempennya setiap musim juga menggunakan 27 orang model-model untuk kempen musim luruh mereka. Balmain juga tidak kurang hebatnya dengan angkatan model tahun 90-annya untuk kempen musim bunga mereka.
Selain itu, jenama seperti Chanel dan Celine pula mengambil pendekatan yang lebih berseni untuk kempen mereka. Manakala Louis Vuitton pula menggunakan watak dari game popular ‘Final Fantasy’ untuk membintangi kempen musim bunga mereka dan mereka juga membenarkan Jaden Smith untuk memakai skirt.
Klik pada gambar untuk saiz lebih besar.
[envira-gallery id=”59792″]
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
