Here Comes The Summer
Teks: Aizat Aidid
Gambar : Gucci
Rencana Tajaan : Gucci
Gucci melancarkan koleksi yang didedikasikan buat musim panas yakni Towards Summer. Dalam cuaca yang terik, Gucci bijak menggunakan material yang lebih selesa namun masih utuh dengan nilai DNA mereka yang bersifat eksentrik. Fabrik yang ringan dan lembut ini sesuai untuk pelbagai acara, serta nampak elok untuk gaya formal mahupun tidak. Bagi menaikkan serinya, Gucci kekal menggunakan motif rumah fesyen ini. Maka melihat cuaca Malaysia, cukup sepadan apabila menggayakan helaian Towards Summer oleh Gucci.
Lebih asyik buat wanita Malaysia yang mahukan sesuatu yang unik buat sambutan lebaran yang bakal menjelma. Koleksi aksesori Towards Gucci bakal mencipta stail yang cukup sensasi. Ada empat fokus beg yakni GG Marmont 2.0 yang bersifat lebih relaks serta direka menggunakan material tali rafia juga bersama perincian kait bentuk bunga. Cukup manis digayakan dengan baju kurung kerana membiaskan rasa klasik raya itu.
Cuba gayakan beg yang cukup elegan ini bersama helaian kebaya mahupun kurung moden, pasti terserlah rasa sofistikated di hari lebaran!
Terokai kesemua koleksi ini di gucci.com
Pilihan Bacaan Seterusnya
10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada
May 21, 2026
Louis Vuitton Cruise 2027 Show Livestream
May 20, 2026
Demna ‘Takeover’ Times Square Buat Pertunjukan Gucci Cruise 2027
May 20, 2026
Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
May 20, 2026
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
May 20, 2026
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
May 20, 2026
Kenali 5 Kreatif Pereka Fesyen Malaysia
May 20, 2026



