Horizon Wanita: Datin Vivy Yusof
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioTemu janji kami bermula dengan Datin Vivy Yusof seawal jam 10 pagi. Kami mesra dengan panggilan Vivy, dia hadir dalam baju dUCk berlogo V sambil menjinjit beg bermonogram Louis Vuitton. Di belakangnya pula ada suara anak kecil! “Mariam sedang bercuti sekolah sekarang dan dia mahu melihat apa kerja saya hari ini,” jelas Vivy. Sambil wajahnya disolek, kami berbual seketika. “Apa buku terbaik yang Vivy sudah baca?” “As you know, saya memang suka habiskan masa dengan membaca. Jika ada masa terluang, saya pasti akan ambil buku dan baca dari muka hadapan hingga selesai. Saya minat baca buku tentang biografi, kerana dapat belajar tentang kesungguhan mereka. Buku yang benar-benar terkesan pada saya adalah Pour Your Heart Into It nukilan Howard Schultz. Dia adalah founder buat Starbucks! Dia bekerja sekejap buat jenama kopi itu dan berhenti sebagai pengarah pemasaran. Kemudiannya dia membeli jenama itu dan mengembangkannya menjadi jenama global sekarang,” kongsi Vivy.
Vivy berkongsi jadual padatnya sebagai ibu dan juga pengusaha FashionValet. Sempat saya tanyakan apa nasihat terbaik untuk ibu muda sekarang, lagi-lagi era pendamik. “Adalah amat penting untuk kita jalani hidup dengan hati yang senang. Serta jangan sesekali lupa untuk menjaga diri sendiri. Kerana kadang kala, apabila menjadi ibu, kita boleh lupa impian peribadi dan juga penampilan diri. Ibu-ibu sekarang perlu ada me-time sendiri. Saya lihat sendiri keliling yang ramai ibu muda setelah mendapat anak, mereka seakan lupakan tentang kerjaya. Saya rasa sayang, kerana mereka ini punya bakat yang besar dalam arena kerjaya masing-masing. Maka, selaku pengaji saya selalu yakinkan wanita untuk kekal kerja.
Walaupun kadangkala visi saya ini dilihat cukup kontroversi. Namun, saya percaya yang wanita perlukan pendapatan bulanan mereka sendiri.” Ibu muda ini juga adalah antara personaliti paling utama dalam menegakkan misi kewanitaan. “Ketika pendamik ini berlangsung, saya melihat wanita terpaksa mencipta satu batasan sekelilingnya.
Ia memberi satu kesan yang cukup besar buat wanita. Terutamanya ibu kerana rumah menjadi pejabat dan tempat pembelajaran anak-anak mereka. Saya belajar untuk membina satu struktur aktiviti di rumah. Anak-anak diletakkan dalam bilik berasingan untuk sesi pembelajaran mereka. Pendamik ini membuktikan yang wanita boleh atasi apa juga halangan. Kita boleh pastikan anak belajar walaupun di rumah. Serta masih boleh melaksanakan kerja pejabat, juga keluarga. Kini wanita lebih ambil tahu tentang kehidupan mereka dan keluar menjadi lebih kuat daripada tahun-tahun lalu.”
Pautan Berkenaan: Halston, Kisah Menarik Tentang The King Of Nightlife
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.


